India boikot minyak sawit Malaysia, Teresa Kok kata “don’t worry”.

Kenyataan Meneri DAP Teresa Kok bahawa Malaysia tidak patut bimbang dengan boikot sawit yang sekarang dilaksnakan oleh negara India dengan alasan ianya cuma nasihat dari persatuan India dan bukan dari kerajaan India adalah amat tidak bijak.

“We must know that India never (officially) said they wanted to boycott or ban the import of palm oil from Malaysia.” said Teresa.

“No need to worry about India’s potential palm oil ban – Teresa”
https://www.malaysiakini.com/news/498531

Persatuan Pengekstrak Pelarut (SEA) India yang mengeluarkan arahan kepada ahli-ahli untuk henti import sawit dari Malaysia itu bukan calang-calang NGO.



Ianya adalah persatuan perdagangan yang sangat berpengaruh di negara itu.

Teresa Kok perlu juga faham ayat-ayat tersirat dari kerajaan India tentang boikot ini.

Pada 26 Oktober 2019, wakil Kementerian luar negeri dipetik sebagai berkata bahawa Malaysia perlu fikir apa yang mereka sedang buat.

Walaupun beliau kata masih tidak ada larangan rasmi oleh kerajaan India, keputusan untuk tidak membeli dari mana-mana negara adalah terpulang kepada keputusan syarikat-syarikat pengimport India dan keputusan ini juga terkesan oleh hubungan antara negara.



“Asked about the impact on trade between the two countries, the MEA spokesperson said that while the “decision to import any commodity or otherwise is the prerogative of the importing company”, at the “same time they are not impervious to the state of affairs between any two countries”.
https://indianexpress.com/article/india/palm-oil-import-boycott-india-asks-malaysia-leadership-to-do-serious-introspection-6086960/

Mesej tersirat ini bermaksud kerajaan India mengalakkan syarikat-syarikat mereka untuk tidak mengimport dari Malaysia.

Ini gaya sama dengan cara negara China untuk melakukan sekatan secara tidak rasmi untuk meniaga dengan mana-mana negara.

Dengan cara tersirat ini, negara India tidak perlu mengeluarkan apa-apa larangan rasmi yang akan melanggar perjanjian perdagangan bebas dua hala tetapi matlamatnya tetap dicapai.



Teresa Kok tak faham ke apa maksud sebenar kenyataan Kementerian Luar Negeri India?

Negara India merupakan pengimport terbesar sawit dari Malaysia untuk tahun ini – jauh lebih besar dari negara-negara lain termaksud India dan kesatuan Eropah.

Impak dari larangan ini bukan remeh.

Sebagai contoh, India telah menaikkan duti import sawit sebanyak 5% ke atas import sawit dari Malaysia bermula bulan September.
http://bernama.com/bm/news.php?id=1767243



Akibatnya, jumlah import sawit India dari Malaysia jatuh 44% pada bulan September berdasarkan data rasmi MPOB
http://bepi.mpob.gov.my/index.php/en/statistics/export/371-export-2019/927-export-of-palm-oil-to-major-destinations-2019.html

Akibat itu, jumlah stok sawit belum dijual dalam Malaysia naik sebanyak 9.3% dalam masa satu bulan sahaja.
https://www.malaymail.com/news/money/2019/10/10/malaysias-palm-oil-stocks-up-9.3pc-in-september-2019/1798934

Data export negara yang dikeluarkan hari ini juga mengambarkan kejatuhan export sawit ke India.

“Eksport minyak kelapa sawit, jatuh RM601.7 juta atau 16.5% pada bulan September berbanding bulan Ogos berikutan penurunan dalam volum eksport (-20.8%) walaupun nilai purata seunit meningkat 5.5%;



Ianya juga satu penurunan 9.3% berbanding bulan September tahun lepas.

https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=139&bul_id=TU82ODNLYzFpcE9IcC95V3JaSUVpUT09&menu_id=azJjRWpYL0VBYU90TVhpclByWjdMQT09

Bayangkan kejatuhan itu cuma dengan kenaikan duti import 5% oleh negar India sahaja.

Jika India benar-benar boikot penuh maka kesannya akan amat parah dan dapat dilihat dalam data eksport bermula bulan Oktober.



Tiada gunanya jika harga sawit dunia memulih tapi pembeli tak mahu beli dari Malaysia tetapi memilih untuk membeli dari negara lain – terutamanya Indonesia.

Yang mendapat manfaat adalah negara lain – bukan peneroka dan pekebun Malaysia.

Dari FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker