Eksport September menguncup 6.8%

Eksport Malaysia menguncup sebanyak 6.8% kepada RM77.70 bilion pada bulan September, terendah dalam tempoh tiga bulan dan lebih curam daripada yang dijangkakan berikutan penurunan eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E).

Jumlah import pada September pula meningkat sebanyak 2.4% kepada RM69.37 bilion daripada RM67.77 bilion pada September 2018.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata dalam satu kenyataan berkata, eksport barangan perkilangan pada September 2019 berjumlah RM66.34 bilion atau 85.4%.

Eksport barangan perkilangan ini susut sebanyak 5.8% disebabkan oleh pengurangan eksport barangan E & E, produk petroleum, kimia dan produk kimia serta tekstil, pakaian dan kasut.



Keluaran petroleum bertapis, yang mencakupi 6.0% kepada jumlah eksport menurun RM805.1 juta atau 14.7% kepada RM4.7 bilion berikutan pengurangan dalam kedua-dua volum eksport (-13.4%) dan nilai purata seunit (-1.4%); minyak kelapa sawit dan hasil keluaran berasaskan minyak kelapa sawit (6.7% daripada jumlah eksport), jatuh RM366.9 juta (-6.6%) kepada RM5.2 bilion.

Infographic%20BM_092019
Eksport minyak kelapa sawit, komoditi utama dalam kumpulan produk ini menurun RM313.3 juta atau 9.3% manakala gas asli cecair, yang mewakili 4.2% daripada jumlah eksport merosot RM61.5 juta atau 1.8% kepada RM3.3 bilion.

Getah asli, yang menyumbang 0.4% kepada jumlah eksport, menurun RM14.7 juta atau 4.8% kepada RM291.8 juta.

Walau bagaimanapun, peningkatan dicatatkan dalam eksport bagi kelengkapan pengangkutan, peralatan optik dan saintifik serta jentera, peralatan dan bahagian, kata MITI.



Eksport ke pasaran-pasaran utama di ASEAN juga mencatatkan penguncupan iaitu Singapura, yang menurun sebanyak RM1.42 bilion dan Thailand (turun RM181.1 juta) disebabkan oleh penurunan eksport produk E&E dan Vietnam (turun RM140.1 juta, produk petroleum).

Pada September 2019, perdagangan dengan China yang mewakili 17.2% daripada jumlah perdagangan Malaysia atau RM25.25 bilion meningkat 3.8% tahun ke tahun selepas penurunan 7.9% pada bulan Ogos.

Eksport berjumlah RM10.85 bilion, menguncup sebanyak 3% ke atas eksport produk E & E yang lebih rendah, bahan kimia dan produk kimia, produk petroleum dan gas asli cecair (LNG).

Pada September 2019, perdagangan dengan China yang mewakili 17.2% daripada jumlah perdagangan Malaysia atau RM25.25bil, meningkat 3.8% tahun ke tahun selepas penurunan 7.9% pada bulan Ogos.



Eksport berjumlah RM10.85 bilion, menguncup sebanyak 3% ke atas eksport produk E & E yang lebih rendah, bahan kimia dan produk kimia, produk petroleum dan gas asli cecair (LNG).

Produk yang mencatatkan kenaikan adalah produk kelapa sawit dan kelapa sawit dan keluaran berasaskan minyak sawit, peralatan optik dan saintifik serta makanan yang diproses. Import dari China berkembang sebanyak 9.7% kepada RM14.4 bilion

Manakala eksport ke Amerika Syarikat berterusan berkembang buat enam bulan berturut-turut dengan kenaikan 6.6% tahun ke tahun kepada RM8.22 bilion

Eksport barangan perkilangan yang lebih tinggi telah direkodkan terutamanya produk E & E, produk kayu, perkilangan logam, produk mineral bukan logam serta kelengkapan pengangkutan. Import daripada AS menurun sedikit sebanyak 0.04% kepada RM5.56 bilion.



Dalam pada itu, pemulihan import di luar jangkaan selepas diunjur susut 0.4% oleh RAM Ratings selepas menurun dengan ketara 12.5% pada bulan Ogos.

MITI berkatam tiga kategori utama import mengikut penggunaan akhir yang menyumbang 77.4% daripada jumlah import adalah barang pengantara, barangan modal dan barangan penggunaan.

Barangan pengantara, bernilai RM39.93 bilion atau 57.6% daripada jumlah import, meningkat sebanyak 11.1%, berikutan import bahan api dan pelincir utama yang lebih tinggi terutamanya bahan api dan minyak mineral.

Barangan modal bernilai RM7.85 bilion atau 11.3% daripada jumlah import, meningkat 7.3% disebabkan terutamanya oleh kenaikan harga barang modal yang tinggi (kecuali kelengkapan pengangkutan) terutamanya bahagian mesin dan peralatan elektrik. – MalaysiaGazette



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker