Lagi syarikat media bakal buang pekerja, kali ini dijangka 2,500 orang

Dunia media Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pusingan pengurangan pekerja selepas situasi membabitkan tenaga kerja Utusan Melayu, penerbit empat akhbar bahasa Melayu, awal bulan lalu.

Difahamkan konglomerat yang mengendalikan pelbagai platform media, menjangkaui seluruh negara bakal mengurangkan pekerjanya kepada satu pertiga berbanding saiz semasa.

Sumber juga memberitahu FMT, pengurusan kanan telah memanggil untuk satu mesyuarat hari ini, susulan mesyuarat lembaga pengarah, untuk mengumumkan rancangan pemberhentian pekerja.

“Butiran pelan yang akan dibentangkan ini boleh menjejaskan lebih 2,500 pekerja termasuk wartawan,” kata satu sumber kepada FMT.

Difahamkan sekurang-kurangnya 500 pekerja editorial akan terkesan dengan keputusan itu.

Konglomerat itu pernah mengurangkan tenaga kerja kira-kira lima tahun lalu di semua peringkat editorial kumpulannya.

Langkah itu dilihat sebagai tanda terbaru industri media di negara ini masih jauh dari tahap pemulihan berikutan berlakunya penutupan dan penyusunan semula operasi.

Pada 9 Okt, Utusan Melayu yang menerbitkan Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo dan Kosmo Ahad mengumumkan penerbitan terakhir mereka. Ia membabitkan lebih 800 orang pekerja.

Syarikat itu difahamkan memerlukan sehingga RM400 juta untuk menyelesaikan liabiliti dan pampasan membabitkan 1,500 pekerja keseluruhannya. Tahun lalu ia telah menghentikan lebih 700 pekerja.

Sementara itu, dilaporkan bahawa Berjaya Media, yang menerbitkan akhbar Sun, akan dinyahsenaraikan dari Bursa Malaysia minggu depan. Pada hari Rabu, saham syarikat mencecah 58.54% (12 sen), kejatuhan paling tinggia dalam sejarah.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker