Kenapa Guan Eng enggan dedah perjanjian 1MDB dan IPIC, ini jawapannya.

Sejak Jun 2018, saya telah berulang-kali menegaskan bahawa wujudnya satu perjanjian penyelesaian dengan IPIC yang ditandatangan pada Aprul 2017.

Saya berulang kali menegaskan ada terma dalam perjanjian ini di mana 1MDB akan dapat balik semua wang yang di dakwa hilang sebelum 31 Disember 2020 (tahun depan).

Tetapi tak pernah sekalipun kerajaan PH berani kata saya berbohong.

Tak pernah sekalipun mereka kata tidak ada terma itu.

Itulah sebab mereka tidak mahu dedahkan perjanjian itu walaupun saya telah minta banyak kali termasuk dalam parlimen.

Itulah sebab RCI tidak dibuat walaupun ianya janji 100 hari manifesto mereka.

Itulah sebab siasatan PAC ke atas 1MDB dihentikan oleh PH pada bulan November lalu walaupun ianya parlimen yang meluluskannya.

Nanti orang tahu ada perjanjian ini dan ada terma itu.

Nanti orang tahu Najib tak berbohong. Tak rompak 1MDB.

Najib ikhlas untuk mendapat balik setiap sen yang didakwa hilang.

Tapi ingat! IPIC pun pernah membuat pengumuman bahawa memang wujud terma itu

Ada yang kata DOJ memulangkan duit kepada Malaysia bermaksud memang ada duit 1MDB yang hilang.

Memang ada.

Tapi semua duit yang dikatakan hilang ialah selepas ianya dihantar ke pemimpin-pemimpin IPIC atau dijamin oleh IPIC.

Itulah sebab kita buat perjanjian penyelesaian dengan IPIC.

Jika tak ada masalah, kenapa kita perlu menyelesaikan dengan perjanjian penyelesaian?

Perlu ingat bahawa IPIC ini bukan kecil. Ianya milik kerajaan Abu Dhabi. Saiz dana mereka jauh lebih besar dari Khazanah Nasional.

Jika kita selesaikan dengan IPIC, kita boleh dapatkan balik SEMUA wang.

Bukan hanya sebahagian kecil dari wang itu dengan cara sedikit demi sedikit melalui DOJ – iaitu jalan yang dipilih oleh PH.

Kita nak semua atau sebahagian sahaja?

Tetapi apa yang PH buat?

Mereka batalkan perjanjian penyelesaian itu kerana ianya lebih penting untuk teruskan propaganda bahawa Najib rompak wang 1MDB.

Tidak mahu meneruskan perjanjian itu dan tidak mahu berunding dengan kerajaan Abu Dhabi.

Dari FB Najib Razak

Related Articles

2 Comments

  1. Kenyataan Najib berkaitan perjanjian dgn IPIC kerap diulang2 tapi tapi setakat ini masih ‘didiamkan’ oleh PH yang terus mencari ruang untuk menyalahkan Najib dimahkamah dalam kes 1MDB.
    Aku berpendapat (pendapat kampungan la ye) penguam bela Najib boleh saja guna fakta ini untuk bebaskan Najib dalam sehari saja.
    Yang patut disalahkan ialah watak dalaman IPIC termasuk Jho Low yang menyelewengkan dana tersebut setelah 1MDB membuat pelaburan..dan aku rasa exCEO pun memang patut dicekup juga sebab dapat suapan dari dana yang dah diselewengkan ini.
    Aku tak percaya si shahrol tu tak tahu pasal perkara ni.
    Sekian..terima kasih

  2. Peguam Najib lebih tau apa yang hendak dihujahkan, untuk bebas kan Najib. Najib dah cerita segalanya pada peguam belanya. Jika tidak ceritakan kisah yang benar, macam mana peguam nak bela dia. Jika benar cerita apa yang dia ulang2kan itu. Sudah pasti peguam menggunakanya. Tapi tak boleh sebab cerita tu tak berapa benar. Di mahkamah ni jika bela dengan tidak fikir panjang akan jerat leher sendiri.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker