GUAN ENG AKUI TABUNG HAJI JUAL TANAH TRX PADA HARGA PREMIUM

1) AKHIRNYA! Setelah puas memfitnah dan menipu rakyat, Lim Guan Eng di Parlimen kelmarin mengakui tanah Tun Razak Exchange (TRX) telah dijual oleh Tabung Haji (TH) pada harga premium RM400 juta.

2) Masih segar diingatan ketika TH membeli sebidang tanah TRX dengan harga RM188 juta maka difitnah pembangkang waktu itu bahawa TH dipaksa beli untuk ‘bail-out’ 1MDB yang bertanggungjawab membangunkan TRX dan bakal merugikan pendeposit TH.

3) Berkali-kali pentadbiran TH waktu itu menerangkan bahawa pembelian itu adalah suatu yang menguntungkan jangka panjang TH kerana jangkaan keuntungan yang bakal diperolehi daripada pelaburan hartanah TRX amat memberangsangkan. Apatah lagi TRX bakal menjadi mercu tanda pusat kewangan Islam antarabangsa dengan nilai hartanah di tengah-tengah ‘segitiga emas’ Kuala Lumpur akan melonjak berkali-kali ganda.

4) Hasrat Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga pada waktu itu * tidak mahu hartanah amat berharga di tengah-tengah Kuala Lumpur jatuh semuanya ke tangan bukan Islam-Bumiputera.*

5) Dengan pemilikan itu juga, TH yang mewakili 100% pendeposit Islam bukan sahaja menguasai sebahagian hartanah berharga TRX bahkan hasil pulangan daripada sewaan dan pembangunannya kelak boleh dikongsi dalam bentuk dividen Hibah yang lumayan kepada pendeposit dan mampu meneruskan agenda menampung kos operasi Haji termasuk peruntukan subsidi untuk Jemaah Haji yang kian meningkat.

6) Sayangnya selepas menakluki Putrajaya, Menteri Agama sendiri YB Mujahid tidak berupaya mempertahankan aset bernilai ini daripada dijual dan hanya mementingkan keuntungan jangka pendek yang dilaporkan mencecah RM210 juta.

7) Sedangkan Lim Guan Eng sendiri pada Februari 2019, tanpa rasa malu dan bersalah, dengan bangga mengumumkan kepada rakyat bahawa tanah TRX adalah aset paling berharga Kerajaan Malaysia dengan nilaian ditaksirkan sudah mencecah RM40 bilion.

8) Tapi apa kan daya, nasi sudah jadi bubur. Akibat fitnah dan tohmah akhirnya umat Islam melalui institusi ulung TH terlepas pemilikan hartanah berharga TRX!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker