Perlembagaan hanya tinggal atas kertas jika Anwar jadi PM

Berjasa gesa kerajaan cari formula tangani kepentingan pelbagai kaum

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 2 Rabiulawal 1441H, Rabu – Isu Perlembagaan dan peruntukan yang ada hanya akan tinggal di atas kertas sahaja sekiranya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan yang dijamin dalam Perlembagaan memerlukan dasar, polisi serta pendekatan yang selari dengan peruntukan itu.

Bagaimanapun, jika Anwar – berdasarkan kenyataan dan sifat partinya yang ‘multi-racial’ – dipercayai akan memperkenalkan dasar, polisi dan pendekatan yang tidak selari dengan peruntukan Islam, Melayu dan Raja dalam Perlembagaan.

“Isu ini jelas sekali berlaku di zaman PH, walaupun Perlembagaan tidak dipinda. Jika Anwar ambil alih, isu ini akan semakin meruncing dan peruntukan Perlembagaan akan hanya tinggal atas kertas sahaja,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang menyifatkan Anwar sebagai individu sesuai menjadi pengganti Dr Mahathir jika berlaku peralihan kuasa dalam penggal ini.

Mohammad Agus berkata, Anwar adalah pemimpin yang mampu melonjakkan ekonomi negara, memartabatkan kesejahteraan rakyat, mengharmonikan hubungan kaum dan membawa Malaysia ke depan, walaupun mengakui pelantikan itu akan dibantah oleh orang Melayu.

“Bagaimanapun, orang Melayu tidak perlu risau hal ini kerana kedudukan Melayu sudah dijamin dalam Perlembagaan. Janganlah setelah 62 tahun merdeka, kita masih lagi dikongkong dengan politik perkauman,” kata Mohammad Agus.

Mengulas lanjut, Ustaz Hazizi menyarankan kerajaan memikirkan formula menangani kepentingan pelbagai kaum, berbanding beretorik bahawa politik berasaskan kaum sudah tidak relevan.

Katanya, politik berasaskan kaum adalah satu perkara yang tidak boleh dibuang, kerana fitrah manusia memperjuangkan kaum masing-masing.

“Amerika Syarikat (AS) sudah beratus tahun mengamalkan dasar kesamarataan, namun diskriminasi berasaskan warna kulit tetap berlaku dan semakin meruncing.

“Justeru, lebih baik kita fikirkan formula menangani kepentingan pelbagai kaum dengan berkesan. Formula yang diguna pakai sejak merdeka masih relevan.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker