Pameran Firaun untuk Tahun Melawat Malaysia 2020, kata MoTac

Share

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTac) merancang untuk menganjurkan pameran makam dan artifak Firaun Mesir, Ramses II dan Tutankhamun yang lebih dikenali sebagai Raja Tut tahun hadapan, bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Timbalan Menterinya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata kerajaan sedang dalam rundingan dengan Kerajaan Mesir mengenai pameran itu dan akan menganjurkan acara mengumpul dana dengan penaja dan badan korporat untuk menjadikannya realiti, tahun hadapan.

Leave a Reply