Pemimpin PBB persoal ‘kebijaksanaan’ Guan Eng

Share

Naib Pengerusi PBB Abdul Karim Rahman Hamzah mempersoalkan kebijaksanaan Lim Guan Eng dalam pertikaian mengenai pelantikan ahli majlis kampung.

Karim berkata Lim “bodoh” kerana menafikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan yang ditadbir kerajaan persekutuan (MPKKP) ditubuhkan sebagai “senjata” Pakatan Harapan untuk mengambil kuasa di Sarawak pada pilihan raya negeri nanti yang akan diadakan sebelum Sept 2021.

“Apa bodoh punya menteri kewangan Malaysia ini,” kata Karim, merujuk kepada jawatan Kabinet Lim.

“Apa yang Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg bayangkan semasa mengulas ucapan Lim di Miri adalah akhirnya diketahui penubuhan MPKKP bersifat politik dan alat untuk menawan kerajaan negeri,” katanya kepada FMT.

Karim berkata niat Pakatan Harapan bertentangan dengan dakwaan awal DAP Sarawak bahawa majlis itu ditubuhkan bagi menyebarkan maklumat kerajaan persekutuan kepada rakyat di peringkat akar umbi.

Keputusan menubuhkan majlis yang ditadbir persekutuan itu menyusuli arahan setiausaha kerajaan negeri kepada pemimpin masyarakat supaya tidak menghadiri sebarang majlis anjuran pemimpin PH.

Awal hari ini, Lim menafikan majlis itu “senjata” PH untuk menawan Sarawak pada pilihan raya negeri nanti.

“Saya tidak pernah guna perkataan seperti itu dan saya cabar Ketua Menteri Abang Johari Openg tunjukkan keterangan saya merujuk MPKKP begitu,” katanya.

Bagaimanapun, Lim dilapor berkata kerajaan persekutuan bersetuju dengan penubuhan majlis itu sebagai persiapan untuk pilihan raya negeri akan datang.

Susulan itu, Abang Johari berkata penubuhan MPKKP “ternyata ‘senjata’ Pakatan Harapan untuk menawan Sarawak”.

Lim kemudian menggambarkan tuduhan Abang Johari itu sebagai cubaan “terdesak” oleh gabungan pemerintah negeri Gabungan Parti Sarawak untuk menyembunyikan pakatannya dengan Umno dan PAS.

FMT

(Visited 28 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!