10 dikait LTTE akan dituduh hari ini.

Seramai 10 individu yang ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) kerana dikaitkan dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) akan dituduh hari ini.

Ini termasuk dua wakil rakyat DAP iaitu Adun Gadek, Saminathan Ganesan dan Adun Seremban, Gunasekaren Palasamy. Mereka berdua akan dituduh di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka pada 8.30 pagi esok.

Sementara itu, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dari DAP berkata 10 orang berkenaan akan dituduh esok manakala dua orang lagi pada 31 Okt.

Peguam Ramkarpal Singh mengesahkan dua wakil rakyat DAP itu akan dituduh esok.



“Inilah yang kami telah dimaklumkan,” katanya.

Selain di Ayer Keroh, pertuduhan juga akan dibuat di Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Melaka; Kuala Kangsar, Perak; Jalan Duta, Kuala Lumpur; Sepang dan Selayang, Selangor; Butterworth, Pulau Pinang; dan Segamat, Johor.

Mereka ditangkap dan ditahan bawah Sosma awal bulan ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay dilapor berkata polis memantau pergerakan mereka sejak Nov tahun lalu.



Semalam beliau berkata kertas siasatan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

FMT

LTTE kumpulan pengganas berisiko besar, kes perlu dibuka semula, kata pakar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker