#PRKTgPiai : BN tidak umum calon hari ini, akan diumum masa sesuai

Share

Barisan Nasional (BN) membatalkan pengumuman calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, dua jam selepas Pakatan Harapan (PH) menamakan seorang anak tempatan sebagai calon gabungan itu.

Pengerusi Ahmad Zahid Hamidi kemudian menyerahkan kepada Pengerusi BN Johor Hasni Mohammad untuk menentukan hari pengumuman yang sesuai.

Terdahulu, Hasni memberitahu media BN tidak akan mengumumkan calon pada hari yang sama PH mengumumkan jaguh mereka.


Zahid dan Hasni bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh pengumuman calon BN.

Dalam pada itu, Zahid dalam ucapannya di majlis pelancaran jentera parti hari ini memberi bayangan BN akan mempertaruhkan calon anak muda.

“Hasni mengarahkan jangan umumkan calon hari ini. Presiden MCA (Wee Ka Siong) juga berbisik kepada saya jangan umum dulu,” katanya kepada kira-kira 500 hadirin di Pejabat BN Pontian.


PH mengumumkan Ketua PPBM Tanjung Piai, Karmainie Sardini, 66, seorang ahli perniagaan, sebagai calonnya untuk PRK yang mengundi pada 16 Nov ini.

Kerusi Parlimen itu kosong berikutan penyandang, Dr Md Farid Md Rafik, 42, dari PPBM pada 21 Sept lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, MCA meletakkan Ketua Bahagian Tanjung Piai, Wee Jeck Seng untuk mempertahankan kerusi itu. Wee menyandang kerusi tersebut selama dua penggal sejak 2013.


Wee tewas kepada Farid dengan majoriti 524 undi.

FMT

Leave a Reply