Masuk Putrajaya ikut jalan depan, UMNO dan Pas elak bertelagah – Hj. Hadi

Share

UMNO dan Pas akan bersama-sama memastikan dapat menjadi kerajaan mengikut jalan depan.

Namun Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, demi memastikan usaha itu berjaya, kedua-dua parti perlu bersatu-padu elakkan daripada berlakunya pertelagahan antara satu sama lain.

“Insya-Allah, kita masuk ke Putrajaya ikut pintu depan, melalui pilihan raya. Kita tak masuk ikut pintu belakang, kita bangkit atas kesedaran.


“Insya-Allah, muafakat kita akan berlangsung dengan baik,” katanya ketika berucap pada Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri di Kuala Terengganu, pada Sabtu.

Ujarnya, UMNO dan Pas perlu menjadikan kekalahan pada pilihan raya yang lalu sebagai pengajaran untuk kekal bekerjasama.

Hadir sama, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Datuk Husain Awang dan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. – MalaysiaGazette


Leave a Reply