Perkukuh Parti, UMNO Ada Tatacara Tersusun Nyatakan Pendirian – Dr Shamsul Anuar

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menegaskan bahawa fokus parti ketika ini ialah untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dan Barisan Nasional (BN) mesti memenanginya.

Katanya, pendirian enam Ahli Parlimen UMNO yang menyokong agar Perdana Menteri terus kekal hingga habis penggal, bukan pendirian rasmi UMNO.

“Ini selaras sebagaimana dinyatakan oleh YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO Malaysia dan bagi mengelakkan kekeliruan, semua pihak mesti memahami bahawa UMNO punyai tatacara yang tersusun dalam menyatakan pendirian rasmi parti. Perkara ini mesti difahami dan dipatuhi,” tegasnya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Oleh yang demikian, katanya yang juga Ahli Parlimen Lenggong, kita semua mesti terus bersatu-padu dan perkukuhkan UMNO.

Dilaporkan, semalam enam Ahli Parlimen BN telah menyatakan sokongan agar Dr Mahathir Mohamad kekal menjadi perdana menteri sehingga akhir penggal.

Perkara itu dinyatakan dalam sidang media bersama di Parlimen dengan membangkitkan kepentingan terhadap ekonomi negara. – UMNO ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker