5 kali mereka tukar tiang gol untuk serang saya, saya amat tersinggung – Hishammuddin

Bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini sekali lagi menolak dakwaan beliau telah mengaturkan konspirasi bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri seterusnya.

Hishammuddin, yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata, beliau bukan lagi siapa-siapa dalam Umno mahupun Barisan Nasional, dan beliau tidak mempunyai pengaruh seperti mana didakwa pihak tertentu.

“Menghalang Anwar jadi Perdana Menteri ke-8 – siapa saya untuk tentukan Anwar jadi Perdana Menteri atau tidak? Saya bukan pemimpin Kerajaan. Malah, jawatan tertinggi dalam Umno dan BN pun tiada.

“Melakukan kempen untuk tubuhkan Kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah – saya hendak tubuh Kerajaan baharu buat apa? PRU-15 bukannya esok,” katanya melalui catatan terbaharu di akaun Facebook rasmi beliau.

Mengenai dakwaan sebuah portal bahawa beliau sedang mempengaruhi 30 Ahli Parlimen Pembangkang untuk masuk Pakatan Harapan, dan seterusnya mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, beliau menganggap itu sesuatu yang tidak masuk akal.

“Siapalah saya ini untuk pengaruh MP? Saya sebetulnya berasa cukup tersinggung, mereka wakil rakyat dan pemimpin, ini satu penghinaan terhadap kami semua!

“Lima dakwaan berbeza dalam seminggu. Senang cerita, 5 kali diorang tukar tiang gol untuk serang saya. Kalau ya pun terdesak sebab dah hura-hara sangat masalah dalaman anda tu, takkan dengan saya yang tiada apa-apa jawatan pun rasa tergugat?” soalnya lagi.

Selain itu, Hishammuddin turut menempelak Pakatan Harapan yang terlalu berpolitik sehingga dilihat mengabaikan masalah sebenar seperti keadaan ekonomi negara.

“Ekonomi merudum, rakyat sengsara. Sibuk sangat hendak berpolitik sampai lupa tanggungjawab,” tulisnya lagi.

Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker