Bukti resit, cek RM2 juta Menteri JPM terima wang Najib, mengapa tak dakwa bawah AMLA atau Akta SPRM 2009?

Share


Kini cek dan resit sebahagian wang RM3.5 juta kepada VK Liew didedahkan. Tapi VK Liew yang menunaikan cek itu dan terlibat salah guna kuasa terhadap wang itu tidak didakwa. Tiada AMLA dan Akta SPRM 2009. Mengapa? malah ‘Kawtim’!

Setiap kali menjelang Pilihanraya Kecil pasti akan ada pendakwaan kepada pemimpin pembangkang. Isu tangkapan pemimpin DAP yang terlibat dengan pengganas LTTE nampaknya cuba dilencongkan. 

Terbaru SPRM mengesahkan bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, esok dan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun sehingga ke hari ini Bekas Presiden LDP VK Liew yang terang-terang menerima wang yang kononnya dikaitkan dengan 1MDB kekal bebas.


Kredit- Infografik media sosial

Malah boleh ‘kawtim’ tidak dipanggil SPRM, tidak didakwa dan lebih teruk dari itu hanya RM9,560.96 disita dan RM RM500,000 berserta faedah dikembalikan kepada LDP. Ini sangat memalukan.

[ARTIKEL BERKAITAN- VK Liew ‘kawtim’ SPRM: RM500 ribu dipulangkan kepada LDP, hanya RM9,560.96 disita ]

Hanya kerana Datuk VK Liew Menteri Undang-undang PH maka beliau dibebaskan? Dan wang yang dibeku boleh dikembalikan?

Kenapa Lathefa Koya KP Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdiam diri tidak menjelaskan kedudukan VK Liew sehingga kini?

Bukankah jelas sebahagian bukti seperti resit dan salinan cek yang pernah diterima oleh Datuk VK Liew sebagai Presiden parti LDP itu wujud sebagaimana gambar ini?


NO. KP pada belakang cek sah ia milik Datuk Liew Vui Keong

Komen-komen netizen dalam laman sosial mempersoalkan bagaimana ramai pemimpin pembangkang boleh didakwa Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 seperti Datuk Dr Nasharudin Mat Isa esok kerana dia dahulu Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (YGMM).

Sedangkan Presiden LDP VK Liew masih bebas, begitu juga bekas CEO YGMM Dato’ Saifudin Abdullah (Kini Menteri Luar Negeri) yang juga pernah menerima wang daripada Perdana Menteri.

Bukan itu sahaja VK Liew yang disingkir sebagai Presiden LDP juga didapati menyeleweng wang RM3.5 juta yang diberikan Najib. Ia menjadi isu dalaman dalam LDP ketika itu. LDP mengugut mengheret VK Liew dalam kes wang yang disita. Bagaimanapun LDP tidak mahu membesarkan kes ini selepas dipulangkan RM500 ribu kepada mereka. 

sumber
[http://sabahkini2.com/en/news/2315/bukti-resit-cek-rm2-juta-menteri-jpm-terima-wang-najib-mengapa-tak-dakwa-bawah-amla-atau-akta-sprm-2009/view]



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *