17 BULAN SUDAH BERLALU. MASA MENASIHAT SUDAH TAMAT. SEKARANG HANTAM SAJALAH.

Share


Itu kata kata hikmah terbaru A Kadir Jasin, Penasihat Media Tun M. Ia tersiar dalam fb beliau pada 20.10.2019

Ada kawan tanya apa maksud kata kata hikmah Kadir itu.

Jawapan saya mudah. Itu maknannya, Kerajaan PH sudah tidak boleh dinasihati. Pekak, tuli dan bisu.

Oleh kerana Kadir juga adalah penasihat media Tun M, bermakna dia mengaku gagal menasihati Perdana Menteri.

Sebagai penasihat komunikasi strategik, memang Kadir gagal mengawal keceluparan mulut Tun M. Tindakan Kerajaan India memboikot kelapa sawit Malaysia menyebabkan negara dan pekebun sawit menanggung kesengsaraan.

CEP (Council of Imminent Person) juga gagal menasihati PM. Ekonomi negara bukan bertambah baik tetapi bertambah parah. Sebab itu CEP dibubarkan.

Dalam Bajet 2020, defisit meningkat kepada 3.2 peratus. Hutang negara terus naik mendadak. Ringgit dan bursa saham menjunam.

Masalahnya bukan sahaja Tun M tidak boleh dinasihati, tetapi Tun M sendiri tidak boleh menasihati Menteri Kabinetnya.

Penyakit Tun M telah berjangkit kepada menteri menteri PH yang semakin “Bungol”.

Perdana Menteri memperlekehkan Menterinya dalam isu kereta terbang. Tun M kata, macam mana nak buat kereta terbang, terpaksalah Polis terbang untuk kawal lalu lintas yang sesak.

Kalau Menteri punk kena hantam oleh Perdana Menter, maka pendirian Kadir Jasin itu adalah betul.

Itu sebabnya Kadir Jasin turut menghentam Anthony Loke yang dulu beliau puji melangit. Pada beliau kebodohan Loke bercakap sesuka hati di depan “Fund Managers” menyebabkan saham MAHB jatuh teruk.

Tindakan Loke pada beliau umpama menembak kakinya sendiri dan kepala GLCs. Mungkin sengaja untuk menjatuhkan saham MAHB dan orang lain boleh beli dengan harga murah.

Justeru kalau Menteri Menteri pun hantam sajalah, maka apa salahnya rakyat pun hantam balik.

Jom kita hantam PH di Tanjong Piai.

Mohd Puad Zarkashi
22.10.2019



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *