Sudah banyak pengecualian cukai, tiba masanya lupakan subsidi- Mahathir

Pihak yang mahu mempromosikan perpaduan negara tidak boleh berharap kepada kerajaan untuk memberi bantuan dengan melaksanakan pengecualian cukai dan pemberian subsidi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat yang sayang kepada negara dan mahu mempromosikan perpaduan sepatutnya berusaha dan melaksanakan inisiatif sendiri.

“Kalau ada yang mahu mempromosikan perpaduan, mereka kena tunjukkan, buktikan. Kalau sayang negara kena tunjuk.

“Terlalu banyak pengecualian cukai dalam negara. Sudah tiba masanya kita lupakan tentang subsidi,” katanya ketika ditanya oleh peserta ISIS PRAXIS Conference 2019: Malaysia Beyond 2020.

Terdahulu, beliau diminta mengulas mengenai pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama dua tahun yang tidak memberikan peruntukan atau pengecualian cukai kepada pihak yang mempromosikan perpaduan dalam belanjawan yang dibentangkan.

Kerajaan, tambahnya, sudah banyak bertoleransi dan bukan hanya pada aspek pengecualian cukai malah dasar negara yang mengambil kira kepentingan rakyat pelbagai kaum.

“Kita harus terima hakikat, kita negara berbilang kaum. Dalam suatu perkara kerajaan terlalu baik. Kita benarkan penggunaan bahasa lain,” katanya. – MalaysiaGazette

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker