Najib senarai ‘habuan’ kerajaan RM7.3 juta menjelang #PRKTgPiai

Najib Razak berkata kerajaan pusat setakat ini mengumumkan projek bernilai RM7.3 juta dalam masa kurang seminggu menjelang pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai bulan depan.

Bekas perdana menteri itu menyenaraikan tiga pengumuman projek sejak 15 Oktober lalu yang katanya akan memberi manfaat kepada penduduk di Tanjung Piai, yang dijangka menyaksikan pertembungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional pada 16 Nov.

“Kita sama-sama tunggu jika ada pengumuman ECRL yang akan belok ke Tanjung Piai,” katanya merujuk pengumuman semasa PRK Rantau awal tahun ini bahawa projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan sampai ke Negeri Sembilan juga.

“Jangan Hospital Semenyih atau Hospital Rantau bakal dipindahkan ke Tanjung Piai juga,” katanya.

Ads by AdAsia

Pengumuman yang Najib senaraikan termasuk pemasangan 264 lampu jalan di jajaran jalan raya luar bandar Tanjung Piai dengan kos RM127,776, dan geran bernilai RM230,000 untuk ketua kampung seperti yang diumumkan Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun.

Beliau juga merujuk Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan peruntukan RM4 juta untuk menaik taraf kemudahan sukan dan rekreasu di Tanjung Piai, serta peruntukan RM3 juta untuk menaik taraf tiga jeti nelayan di kawasan itu.

“Senarai akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” tulis Najib di Facebook.

Minggu lalu, Bersih 2.0 mempersoalkan PH berhubung mengumumkan projek persekutuan dan peruntukan menjelang PRK itu.

Kumpulan pemantau pilihan raya itu yang berjanji untuk memantau secara rapat PRK akan datang bagi mengelak pelanggaran undang-undang pilihan raya oleh semua pihak, juga meminta PH menghentikan menteri persekutuan melawat Tanjung Piai.

“Tidak ada sumber kerajaan seperti dana awam, staf dan kenderaan boleh digerakkan oleh menteri dan timbalan menteri yang sedang berkempen sebagai pemimpin parti, dengan pengecualian terhadap kenderaan khas serta anggota keselamatan khas,” kata Bersih.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker