Bila DAP Kuasai Mahathir

Share

Semasa PRU lepas Bersatu berkempen kepada orang Melayu dan muslim bahawa Tun Mahathir mampu mengawal DAP.

Selepas PRU, kita dapati jawatan-jawatan penting dan strategik negara seperti Peguam Negara, Menteri Kewangan dan Menteri Komunikasi jatuh ke tangan DAP. Malah jawatan Menteri Pertahanan juga dipegang oleh boneka DAP.

Cadangan nama Ketua Hakim sebelumnya juga dikatakan ada unsur pembabitan DAP. Sekarang Ketua Persurujaya SPRM pun walau dari PKR tetapi sangat mendukungi ideologi DAP.

Hari ini lebih mengejutkan bila Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyatakan pemberian komik yang berjudul ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama’ kepada Presiden China, Xi Jinping oleh Perdana Menteri sendiri, ketika pertemuan dua hala pada Forum Jalur dan Laluan Untuk Kerjasama Antarabangsa ke-2 di Beijing, April lalu, bukanlah melalui saluran rasmi.

“komik berkenaan memaparkan hadiah rasmi ketika pertemuan berkenaan dan ia dibawa tanpa melalui prosedur dan saluran yang betul.”

Apakah DAP juga sudah menguasai PMO?

Komik ini menjadi kontroversi kerana ia merupakan propanda DAP yang memfitnah, menghina dan memperlekehkan Perdana Menteri sebelumnya dan
diedarkan seolah-olah bahan rasmi kerajaan.

Bagaimana komik yang ‘berkelakuan jahat’ ini boleh menjadi sebahagian hadiah dalam hubungan diplomasi antarabangsa?

Alasan pemberian komik ini tidak melalui saluran rasmi sangat memalukan. Ia menujukkan ketidakcekapan para pegawai Pejabat Perdana Menteri dan Kedutaan Malaysia dalam menjaga kepentingan Perdana Menteri dan negara.

Apa akan jadi jika hadiah tersebut sebuah komik menghina kerajaan China? Ia pasti menjadi satu krisis diplomatik.

Jika acara sepenting itu pun DAP boleh menentukan hadiah apa yang akan diberikan kepada Presiden negara lain, bayangkan apa yang berlaku dalam pentadbiran negara hari ini.

Hari ini Mahathir adalah Maharaja tanpa pakaian. Menjadi bahan jenaka rakyat sahaja. Mahathir dan penyokongnya terpaksa menelan apa sahaja cakap DAP kerana mahu menjaga kepentingan diri dan kroni.

Nampaknya mantera Bersatu bahawa Mahathir mampu kawal DAP tidak menjadi kenyataan.

Apa yang menjadi kenyataan ialah mantera DAP, “kita guna Melayu untuk screw Melayu.”

Ab Jalil Backer

 

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!