Selamat Jalan Sahabat Semoga Tenang Disana

Share


 

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dengan rasa sedih dan dukucita dimaklumkan rakan dan sahabat kepada semua aktivis media sosial yang juga sahabat seperjuangan MYKMU Abu Ubaid Al Helmi telah kembali Rahmatullah pada pagi tadi.

*إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن*
*Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un*
*”sesungguhnya kami milik allah dan kepada Nya lah kami kembali”*

*اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ*
*Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu*
*”Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia.”*
Salam takziah buat ahli keluarga semoga tabah dgn ujian ini..😢

Takziah buat Keluarga Allahyarham Abu Ubaid Al Helmi

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Assalamualaikum semua.

Innalilahi wa inna ilaihi roojiuuun….

Dengan segala dukacitanya dimaklumkan bahawa Allah lebih menyayangi abang saya Aidi Helmi bin Mohamed. Arwah secara rasmi disahkan meninggal dunia oleh doktor di HTF Kangar Perlis tepat jam 12.55 am 18 Oktober 2019 di samping isteri dan anak sulung abang.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam syurga-Mu dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka. Ameen

Jenazah akan dimandikan di HTF pada jam 8.30 pagi InsyaAllah.

Untuk yang nak ziarah abang, boleh ke lot 2678, lorong 6, Taman Beseri Jaya, Beseri, Perlis.

Solat jenazah InsyaAllah di Masjid Jamek, Beseri (Depan IKM Beseri) selepas solat Jumaat. Dikebumikan di Padang Besar, InsyaAllah.

Sekiranya arwah ada membuat salah dan silap mohon maafkan abang. Sekiranya ada hutang mohon hubungi saya (0197190313 Aini Mumtaz).

Untuk sebarang pertanyaan atau urusan boleh berhubung dengan waris iaitu
Amin (abang) 0194180007
Aini (kakak) 0197190313
Fatimah (adik) 01124189402

Terima kasih di atas doa dan sokongan sepanjang di hospital dan sepanjang hayat abang yang kami kasihi.

Harap maklum.

Meninggalkan zuriat seramai 10 orang, yang sulung baru lepasan SPM dan kecil sekali berumur setahun. Takziah kepada keluarga Ustaz. Bagi meringankan beban keluarga, bolehlah menghulurkan bantuan ke akaun :

0920029000167325
BSN
MOHAMED BURHANUDDIN AL HELMI BIN AIDI

Tenanglah di sana sahabat. moga Allah SWT tempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh. Amin.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *