‘Keistimewaan Melayu sedang dipersoal, dihapuskan’- Pakar Perlembagaan

Share


SHAH ALAM – Kebangkitan Melayu ketika ini berlaku selepas melihat intipati keistimewaan mereka sedang dipersoal dan dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu.

Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, perkara itu dapat dilihat apabila banyak perkara berkaitan ‘tiang seri’ Melayu telah diusik.

Malah katanya, penghinaan terhadap Melayu sememangnya sudah lama berlaku.

“Kalau saya lihat dari segi konteks perlembagaan (faktor Melayu bangkit) kerana berlaku penghapusan (terhadap hak-hak keistimewaan Melayu).

“Sebagai contoh penghinaan kepada institusi raja, bahasa Melayu dan saya fikir perkara ini buat Melayu bangkit.

“Penghinaan terhadap Melayu sudah lama berlaku begitu juga dengan hal berkaitan pelantikan jawatan penting, (orang) Melayu sudah terpinggir,” katanya ketika menjadi tetamu Wacana Sinar Harian siri ke-135 bertajuk ‘Kenapa Melayu Bangkit?’ di Dewan Karangkraf di sini malam ini.

Wacana itu turut menampilkan dua panelis lain iaitu Wakil Sekretariat Kongres Maruah Melayu (KMM), Datuk Norhamzah Nordin dan Naib Presiden Qiam, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar.

Manakala Sayed Munawwar Sayed Mohd Mustar bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata, orang Melayu seharusnya sudah lama bangkit mempertahankan hak dan keistimewaan mereka daripada terus dihakis.

“Daripada segi tafsiran (bangkit ini adalah) terjaga daripada tidur dan apabila berasakan kuasa politik terhakis, kuasa ekonomi hilang mereka perlu bangkit.

“Ini sesuatu yang menunjukkan (bahawa) sudah banyak (perkara) yang himpit bangsa Melayu,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/52676/KHAS/Wacana/Keistimewaan-Melayu-sedang-dipersoal-dihapuskan-Shamrahayu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *