Perbandingan jual aset negara di bawah pentadbiran Najib dan PH.

Share


Minggu lepas Menteri hotel Sandakan kata Najib banyak jual aset negara juga.

Sebanyak 84 jualan dari tahun 2009 sehingga April 2018 masa Najib.

TV3 pun melaporkan bahawa Najib lagi banyak jual aset berbanding PH.

Tapi masa itu dia tidak berani memberi jumlah nilai jualan atau prestasi pertumbuhan nilai bersih aset Khazanah.

Selepas ditekan dalam parlimen oleh Preseiden MCA Wee Ka Siong pagi ini, Menteri akhirnya menjawab:

“Sepanjang tahun 2009 sehingga April 2018, Khazanah telah melupuskan aset sebanyak 84 kali dengan nilai berjumlah RM46.16 bilion.”

Iaitu purata RM4.95 bilion setiap tahun dalam tempoh 8 tahun 4 bulan saya PM dan pengerusi Khazanah.

Itupun, kita jual tetapi tambah lagi aset-aset negara yang lebih menguntungkan.

Oleh itu, aset BERSIH (selepas tolah hutang) Khazanah naik dari RM32 bilion pada akhir 2008 ke RM116 bilion pada akhir tahun 2017.

Aset bersih Khazanah pula turun RM25 bilion ke RM91 bilion pada akhir tahun 2018 bawah PH.

“Manakala, di antara bulan Mei 2018 sehingga Jun 2019 sebanyak 22 kali pelupusan telah dibuat dengan hasil pelupusan nilai RM18.76 bilion,” kata menteri.

Itu pun hanya tempoh 13 bulan sehingga bulan Jun 2019 sahaja.

Belum lagi masuk penjualan yang berlaku selepas bulan Jun:
– Khazanah jual hartanah DUO kepada Singapura – RM4.73 bilion (Julai 2019)
– Khazanah jual kepentingan saham dalam syarikat elektrik Arab Saudi kepada Malakoff – RM289 juta (Julai 2019)
– Khazanah jual saham CIMB dengan cara pajakan- RM2 bilion (Julai 2019)
– Khazanah jual Pusat Perubatan Prince Court kepada IHH yang kini milik Jepun- RM1.02 bilion (Sep 2019)
– Khazanah jual lebuhraya tol Jakarta kepada syarikat Kanada- RM2.1 bilion (Sept 2019).
– Khazanah jual Hotel Andaz Singapura dengan kepada syarikat Singapura – RM1.44 bilion (Okt 2019)

RM18.76 bilion campur senarai di atas sudah berapa?

Berapa nilai aset baru yang dibeli selepas jual?

Ada hati lagi PH nak nafi bahawa mereka banyak jual aset negara dengan cubaan lemah untuk membandingkan dengan masa saya PM?

Belum sempat lagi masuk aset-aset yang dijual oleh GLC lain seperti Tabung Haji, PNB, Sime Darby dan FGV atau jualan terus dari Kementerian Kewangan seperti penjualan sebahagian Bandar Malaysia sebanyak RM7.41 bilion pada bulan April.

https://malaysiagazette.com/2019/10/16/hasil-jualan-aset-glic-tidak-disalurkan-dalam-akaun-kerajaan/

Sumber : FB Najib Razak



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *