Majlis Dewan Tertinggi BN akan bincang mengenai Hishammuddin.

Share


Kedudukan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dikatakan bakal dilantik Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Dewan Tertinggi BN kelak.

Namun pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak memaklumkan tarikh mesyuarat itu akan diadakan.

“Kita belum ada mesyuarat Dewan Tertinggi BN. Insya Allah bila ada tiba masanya,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian diminta mengulas tentang laporan daripada sumber MalaysiaGazette sebelum ini yang Presiden UMNO, MIC dan MCA sebulat suara mahu melantik Hishammuddin sebagai Setiausaha Agung BN.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai calon BN bagi PRK Parlimen Tanjung Piai, Ahmad Zahid berkata, perkara itu juga akan akan diputuskan selepas kesemua presiden parti-parti berbincang dalam masa terdekat.

PRK itu diadakan susulan penyandangnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menter, Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik meninggal dunia pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjangkakan BN mengumumkan calonnya pada penghujung bulan ini. -MalaysiaGazette



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *