DAP DALANG KEMPEN BIADAB DESAK NAIB CANSELOR UM LETAK JAWATAN?

 

Makin terdedah kini bahawa pihak yang sebenarnya DAP menjadi dalang kepada kempen biadab sekumpulan graduan dan mahasiswa UM untuk mendesak Naib Canselor UM, Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Haji Hashim, meletakkan jawatan adalah DAP.

Ini terzahir daripada kenyataan media 19 Pimpinan DAPSY yang:



(1) Mengecam laporan polis UM terhadap Wong Yan Ke yang membuat demo biadab sewaktu menerima skrol,
(2) Mengecam tindakan UM menghalang Kon Hua En yang mahu membuat demo biadab sewaktu menerima skrol dari berbuat begitu, dan
(3) Mendesak Naib Canselor UM meletakkan jawatan serta merta.

Sudahlah begitu, 19 Pimpinan DAPSY ini juga nampaknya tidak malu-malu menjaja nama Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, untuk menghalalkan kempen biadab ini.

 

KENYATAAN MEDIA BERSAMA OLEH PIMPINAN DAPSY MAJLIS EKSEKUTIF KEBANGSAAN PADA 15.10.2019



DAPSY membidas tindakan Naib Canselor Universiti Malaya Dr Abdul Rahim Hashim yang menyalahgunakan kuasanya untuk melarang graduan mahasiswa Kon Hua En untuk memperoleh skrol di Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya pagi tadi.

Bekas Pengerusi University of Malaya Association of New Youth (UMANY) Kon Hua En merupakan graduan daripada Fakulti Perakaunan dan telah dilarang daripada berada di pentas untuk memperoleh skrol tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Daripada tindakan membisukan diri apabila aktivis mahasiswa dizalimi oleh penyokong Najib Razak di luar kampus, dan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman di Kongres Maruah Melayu, serta membuat laporan polis terhadap saudara Wong Yan Ke atas tindakannya yang hanya melaksanakan hak perlembagaan untuk bersuara dan berekspresi, sehinggalah melarang graduan mahasiswa untuk memperoleh skrol di atas pentas, terbuktinya Naib Canselor UM adalah gagal dalam menjalankan amanahnya dan patut letak jawatan serta-merta.

Adakah Naib Canselor UM alpa terhadap pesanan Menteri Pendidikan Dr Maszlee yang menyeru supaya bersifat keterbukaan dalam isu mahasiswa/wi?



DAPSY sekali lagi mengecam sekeras-kerasnya pihak Universiti Malaya yang mencabuli hak mahasiswa untuk menerima skrol dan juga tindakan pihak universiti yang membuat laporan polis terhadap graduan yang hanya bersuara dan berekspresi.

Timbalan Pengerusi DAPSY Kebangsaan
Chiong Yoke Kong

Setiausaha Agung DAPSY Kebangsaan
Teh Hoong Keat

Setiausaha Organisasi DAPSY Kebangsaan
Lee Wei Seang



Bendahari DAPSY Kebangsaan
Khoo Khim Han

Setiausaha Antarabangsa DAPSY Kebangsaan
Satees Muniandy

Penolong Setiausaha DAPSY Kebangsaan
Janice Choo Chen Leece

Pengarah Hal Ehwal Varsiti DAPSY Kebangsaan
Leong Yu Sheng



Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Kebangsaan
Tan Tiong Yih

Ketua DAPSY Selangor
Wong Siew Ki

Ketua DAPSY Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Lee Bing Hong

Ketua DAPSY Kedah
Tan Kim Ping



AJK DAPSY Kebangsaan
Woo Kah Leong

AJK DAPSY Kebangsaan
Heng Yeh Shiuan

AJK DAPSY Kebangsaan
Goh Chen Hua

AJK DAPSY Kebangsaan
Lim Chun Weng

AJK DAPSY Kebangsaan
Tee Shuey Ping

AJK DAPSY Kebangsaan
Leong Yu Man

AJK DAPSY Kebangsaan
Yu Ong Ching

AJK DAPSY Kebangsaan
Lan Suet Ling

Dr. Kamarul Yusoff

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker