Sambanthan meninggal dunia

Presiden IPF Senator M Sambanthan meninggal dunia di sini malam tadi.
Mendiang berusia 54 tahun.

Anak keduanya Ganesh Kumar berkata ayahnya meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 11.35 malam kerana serangan jantung.

Upacara pengebumian akan berlangsung hari ini di rumahnya di Semenyih.

“Ayah saya telah dimasukkan ke di IJN selama seminggu dan menjalani pembedahan pintasan pada Ahad lepas (13 Okt). Dia berada dalam keadaan normal dan nadinya pada kadar biasa.

“Tetapi tiba-tiba dia mengalami serangan jantung,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam tadi.

Sambanthan meninggalkan seorang isteri M Jayalakshmi, 52, dan tiga orang anak lelaki termasuk Ganesh dan seorang anak perempuan.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker