#PRKTgPiai: Rakyat Perlu Bangkit Tolak Rejim PH.

Share


Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai perlu menjadi simbol kebangkitan rakyat menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) walaupun pada hari ini Tanjung Piai menjadi lokasi kesukaan menteri PH memberi pelbagai peruntukan sebagai gula-gula pilihan raya.

Katanya, masa depan Malaysia dan nasib generasi akan datang menjadi hancur jika rakyat tidak bangkit menolak dan menjatuhkan kerajaan PH.

“Oleh itu, kerajaan PH harus dijatuhkan sepenuhkan sebagai simbol kekuasaan rakyat.

“Walaupun ianya hanya PRK yang tidak akan mengubah kerajaan pusat, namun keputusan pilihan raya ini memainkan peranan penting dalam landskap politik negara terutamanya menuju PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15).

“Kerajaan hari ini gagal dalam mendukung aspirasi rakyat dan manifesto PH terbukti hanyalah retorik politik yang dimainkan untuk memenangi PRU,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu juga yakin pengundi Tanjung Piai akan bangkit menolak kerajaan PH dan mencipta sejarah bahawa PRK bagi parlimen tersebut menjadi simbol kebangkitan rakyat melawan rejim PH yang terbukti zalim dan gagal.

Justeru itu, Dr Najmil menyenaraikan beberapa sebab mengapa PH perlu ditolak, antaranya seperti berikut:

1. Rakyat perlu bangkit menolak PH kerana hampir RM30 bilion aset strategik negara telah dijual kepada syarikat asing.

2. Rakyat perlu bangkit menolak PH kerana menteri PH terutamanya dari Dap iaitu menteri P. Waytha Moorthy, M. Kulasegaran, Gobind Singh Deo dan Dr Xavier Jayakumar, serta ahli majlis eksekutif Selangor V. Ganabatirau yang bertanggungjawab dengan sengaja mengganggu keamanan masih tidak dikenakan sebarang tindakan.

3. Rakyat perlu bangkit menolak PH kerana Dong Zong masih tidak diharamkan di mana sering menjuarai isu berkaitan kaum Cina, dan jika ada isu berkaitan penentangan terhadap perkara berkaitan Melayu dan Islam, pertubuhan itu juga akan menjadi pemain utamanya.

4. Rakyat perlu bangkit menolak PH kerana kerajaan masih gagal mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan seperti yang dijanjikan, mengkhianati pekebun kecil dengan memansuhkan bantuan tanaman semula serta menipu anak muda apabila biasiswa MyBrain15 dihapuskan.

5. Rakyat perlu menolak PH kerana kerajaan sering mencabuli serta campur tangan dalam proses perundangan. Misalnya, Wan Ji Wan Hussin yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor telah mendapat penangguhan hukuman selepas campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

6. Rakyat perlu menolak PH kerana Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan palsu dan mengelirukan berkenaan wang bayaran balik GST telah dirompak oleh kerajaan BN.

7. Rakyat perlu menolak PH kerana Dap terbukti adalah parti yang menyokong kumpulan pengganas LTTE dan menjadikan Malaysia sebagai pusat operasinya. Hal ini jelas menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara.

Sehingga hari ini, Ramasamy dan Kulasegaran masih tidak ditangkap walaupun telah tular pelbagai video yang menunjukkan penglibatan menteri Dap dengan kumpulan pengganas ini.

Keamanan dan keharmoninan negara telah dirosakkan kerajaan PH apabila isu perkauman sentiasa dimainkan pada hari ini.

Sehubungan itu, Dr Najmil menyimpulkan bahawa kerajaan PH adalah kerajaan yang paling gagal dalam dunia dari aspek memtadbir ekonomi, politik dan sosial.

“Namun, apa yang merisaukan ialah parti komponen dalam kerajaan iaitu Dap terbukti menyokong kumpulan pengganas,” katanya. – UMNO ONLINE



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *