NGO SITI KASIM NGO RASIS?

Share


Mereka yang suka menuduh orang lain rasis ini pada akhirnya selalu terbukti mereka yang sebenarnya rasis.

Graduan dan mahasiswa UM, Wong Yan Ke dan Robin Yap Wen Qing, yang mendesak Naib Canselor UM, Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Haji Hashim, meletakkan jawatan kerana kononnya bersifat rasis ternyata adalah dari persatuan pelajar UMANY yang rasis.

Terbaru adalah Siti Kasim yang sering menuduh Melayu rasis yang kini terbukti beliau yang sebenarnya rasis setelah NGO MAJU yang beliau tubuhkan 28 Ogos lalu kononnya untuk keadilan dan perpaduan rupa-rupanya hanyalah untuk “membantu non-bumi” sahaja.

Tidakkah NGO yang ditubuhkan untuk “membantu non-bumi” sahaja, walaupun ia didukungi oleh Melayu-Melayu seperti Siti Kasim dan Dr Tajudin Rasdi yang dijadual akan memulakan roadshow MAJU di KLSCAH pada 13 November ini, adalah sebuah NGO yang rasis?

Dr. Kamarul Yusoff

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *