Mampukah Anwar Menjadi Perdana Menteri?

oleh Ab Jalil Backer

Semalam ketika membahaskan Belanjawan 2020, DS Anwar Ibrahim meminta Semberong (DS Hishamuddin Tun Hussien) agar tidak mengganggu gugat proses peralihan kuasa antara beliau dengan Dr Mahthir.

DAP dan PAN mengeluarkan kenyataan akhbar yang mempunyai maksud hampir sama.

Kedua-dua kenyataan ini menunjukkan memang ada perpecahan di kalangan pemimpin Pakatan Harapan.

Hishammudin atau sesiapa sahaja tidak mampu mempengaruhi kedudukan Anwar Ibrahim jika PH tidak bergelut dengan perebutan kuasa.

Proses pelantikan Perdana Menteri berdasarkan sesiapa yang mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen. Ia tidak semestinya datang dari parti yang menang dalam Pilihan Raya Umum.

Jadi bukan sahaja Anwar Ibrahim, sesiapa sahaja berhak mencari pengaruh untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Anwar sendiri pernah cuba menjadi Perdana Menteri secara jalan ini pada September 2008 apabila meminta diadakan sidang khas Parlimen. Beliau mendakwa mempunyai undi ahli Parlimen yang mencukupi menyokongnya sebagai Perdana Menteri walaupun BN menang dengan PRU 2008.

Jadi soal menjadi Perdana Menteri bukan sekadar isu DAP, PAN dan PKR sahaja. Apatah lagi gabungan ketiga-tiga parti ini tidak mempunyai majoriti mudah 112 kerusi Parlimen.

Jika Dr Mahathir membuat keputusan berundur, maka YDPA perlu membuat keputusan melantik orang yang baginda percaya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Di sinilah nasib Anwar Ibrahim mungkin tersekat.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker