LTTE: CEO, Ahli Majlis PBT ( Ahli Dap) ditahan di Melaka di bawah SOSMA

Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka dan seorang Ahli Majlis sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ditahan hari ini mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Penahanan kedua-dua individu yang juga ahli DAP itu susulan dipercayai turut terlibat dengan upacara perjuangan kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey kok kiew ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan tangkapan dua individu itu di rumah mereka pagi tadi.

“Betul mereka ditahan dan saya difahamkan mereka ditahan di rumah masing-masing sekitar Durian Tunggal, Alor Gajah pukul 10 pagi tadi,” katanya.

Khamis lalu, Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Exco kerajaan Negeri Melaka, antara tujuh individu ditahan pihak polis selepas dipercayai terlibat dengan upacara perjuangan LTTE.

Mereka ditahan kerana didakwa mempromosikan, menyokong, dan memiliki bahan dan mengagihkan dana yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pemberintak itu.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim turut mengesahkan perkara berkenaan.

“Saya sahkan memang betul mereka ditahan dibawah SOSMA oleh pihak polis Bukit Aman hari ini dan ianya berkait dengan penahanan seorang Exco Melaka sebelum ini.

“Maklumat lanjut bagaimanapun saya tak boleh maklumkan lagi dan kita serahkan pihak polis jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker