Defisit dan Hutang Kerajaan yang ramai terlepas pandang.

Share

Saya ada dalam Dewan Rakyat semalam semasa bajet diumumkan.

Saya tunggu TV dalam Dewan untuk memaparkan jumlah defisit kerajaan dan hutang langsung negara.

Akhirnya saya kecewa kerana mereka tak tunjuk dalam TV.


Mereka tunjuk kos hutang 1MDB pulak (tapi tak tunjuk hasil 1MDB tahun depan untuk membayar kos hutang tersebut).

Lepas itu, Guan Eng kata perolehan untuk bayar kos 1MDB itu dia akan umum “kelak”.

Oleh itu, saya putuskan untuk edit tangkap layar TV itu kerana Guan Eng tak nak tunjuk nilai defisit dan hutang langsung negara.


NOTA: Angka-angka untuk akhir tahun 2019 dan 2020 itu hanya rancangan PH sahaja.

Ianya belum pasti akan tercapai kerana Guan Eng pernah meminta bajet tambahan paling besar dalam sejarah pada awal tahun ini setelah bajet tahun 2018 sudah lari.

4 April 2019: Parlimen lulus bajet tambahan RM19.6b
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/548910/parlimen-lulus-bajet-tambahan-rm196b


Hutang negara pada hari ini sudahpun cecah RM800 bilion dan telah melebihi sasaran RM793.5 bilion untuk tahun ini.

Dari FB Najib Razak

Leave a Reply