Bakar kereta akibat cemburu, wanita China ditahan


Seorang wanita warga China ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah kereta dibakar di Kuching, Sarawak yang dipercayai akibat cemburu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Ahsmon Bajah berkata, warga asing berusia 34 tahun itu ditahan anggota dari Balai Polis Padungan kira-kira 2 pagi tadi, selepas sebuah Proton Exora musnah dibakar di kawasan parkir sebuah bangunan kedai di Jalan Song Thian Cheok.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, iaitu khianat dengan api.

“Wanita itu ditahan hasil maklumat diperolehi pasukan khas yang diketuai ketua polis daerah Padungan.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda,” katanya dipetik Harian Metro dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 1.46 pagi tadi.

Setibanya di lokasi, sebuah Proton Exora sedang terbakar dan pasukan bomba memadamkan api menggunakan salur bantu mula dari jentera.

Beliau berkata, kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.
FMT

Bakar kereta abang kekasih gara-gara cinta dihalang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker