Rakyat Hilang KEPERCAYAAN Pada Kerajaan Dalam Banyak Perkara – MB Selangor

 

Apakah yang dimaksudkan dengan ucapan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bahawa beliau percaya bahawa isu perkauman yang semakin hangat di negara ini sebenarnya dilatari oleh satu isu yang lebih besar iaitu kehilangan kepercayaan terhadap kerajaan.

Katanya, beliau percaya, isu perkauman hanyalah menjadi “satu pelantar” kepada hilangnya kepercayaan dalam kalangan rakyat dalam banyak perkara, yang akhirnya mencetuskan suasana “gusar dan gundah gulana”.



“Saya percaya, soal kehilangan kepercayaan inilah yang melatari. Dan dari mana datangnya motivasi itu? Sudah pasti dalam pelbagai perkara dan bentuk yang kita tak jangkakan.

“(Dalam banyak hal) telah menimbulkan rasa ingin kesaksamaan, tetapi kesaksamaan itu tidak wujud, lalu dipersalahkan terhadap sistem, lalu yang menjadi mangsa pertama ialah institusi-institusi penting seperti kehakiman, kepolisian, dan keselamatan.

“Bila kehilangan kepercayaan itu wujud, maka hilanglah keyakinan, dan keyakinan yang hilanglah yang membentuk suasana hilang kedamaian, kacau bilau yang timbul hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup Seminar Nasional Hidup Bersama Dalam Kepelbagaian: Pembinaan Bangsa dan Budaya Damai di Hotel Concorde Shah Alam, malam tadi.



Ucapannya itu hadir di tengah-tengah suasana PH berdepan dengan kritikan hebat daripada rakyat kerana dilihat bergelut untuk melunaskan keseluruhan janji dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

Sementara itu, Anwar ketika menyampaikan Pidato Pembinaan Bangsa Malaysia semalam, meminta rakyat Malaysia khususnya orang Melayu untuk mengubah naratif berhubung kemiskinan agar lebih adil kepada semua rakyat miskin yang turut terdiri daripada kaum lain.

Katanya, orang Melayu perlu terbuka untuk menerima dasar yang memberikan kebaikan dan keadilan kepada semua rakyat Malaysia termasuk orang Melayu, kerana menurutnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) – yang sebelum ini dilaksana bagi membasmi kemiskinan – tidak berhasil.

“Bagi orang yang mendambakan dasar itu kekal kerana ia akan tolong orang Melayu, dia lupa, DEB, dari sudut membasmi kemiskinan, kalaupun kita kata tak gagal, tapi tidak berhasil.



“Dari segi kesenjangan golongan miskin dan kaya, lebih parah sekarang ketimbang 1971 (DEB diperkenalkan 1970). Maknanya, dengan pelaksanaan DEB, perbezaan antara Melayu miskin dan Melayu kaya lebih terus sekarang.

“Itupun kita kata, Melayu ini akan hanya hidup dengan DEB,” katanya dalam pidatonya.

DEB diperkenalkan pada 1970 untuk menggalakkan pertumbuhan dengan pengagihan saksama ke arah mencapai perpaduan kaum di negara ini, namun digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.

Seminar semalam berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 malam, melibatkan pembentangan daripada pelbagai tokoh, sementara acara penutupnya malam tadi dihadiri lebih 700 penonton.



Petikan Malaysiakini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker