DAP Tidak Harus Masuk Campur Urusan Polis

Oleh Ab Jalil Backer

Polis telah menangkap dua adun DAP di bawah SOSMA kerana disyaki mempunyai maklumat mengenai rancangan kumpulan pemberontak LTTE melakukan serangan ke atas kedutaaan Sri Lanka di Malaysia.

Apa yang turut mengejutkan kita ialah kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang juga merupakan pemimpin utama DAP.

Malaysiakini melaporkan “Menyifatkan penahanan itu sebagai mengejutkan, Lim berkata parti itu memberitahu polis bahawa kedua-dua Adun berkenaan tidak bersalah.”

“Saya juga dimaklumkan bahawa walaupun akan ada lebih ramai ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan LTTE, tiada lagi pemimpin atau wakil rakyat dari DAP akan disasarkan.” (Lim Guan Eng, Malaysiakini.com)

Sebagai anggota pentadbiran negara, Lim tidak sepatutnya masuk campur dalam urusan Polis.

Kita khuatir ini boleh menjadi satu kesalahan iaitu menghalang polis menjalankan tugas.

Malah lebih membimbangkan Lim mendakwa Polis telah memberi jaminan kepada beliau bahawa tiada lagi pemimpin DAP akan ditangkap.

Mengapa Polis memberi jaminan kepada DAP? Apakah faktor keselamatan negara boleh dikompromi kerana politik?

Mengapa pula Polis melaporkan kepada Lim Guan Eng yang hanya menjaga potfolio kewangan negara.

Kali terakhir saya semak, Polis Di Raja Malaysia masih di bawah Kementerian Dalam Negeri.

https://m.malaysiakini.com/news/495270

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker