Jualan aset setahun PH lebih banyak dari masa pentadbiran saya – Najib

Share


Najib azmin
Jualan aset setahun PH banyak berbanding BN, kata Najib

Najib Razak berkata sebanyak 12 aset Khazanah Nasional bernilai RM25.6 bilion dijual dalam setahun kerajaan Pakatan Harapan berbanding RM5 bilion sahaja dalam satu tahun pentadbirannya.

“Maknanya dalam setahun sahaja, dia dah lima kali ganda banding dengan setiap tahun BN memerintah,” kata bekas perdana menteri kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau menjawab Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamad Azmin Ali hari ini yang berkata sebanyak 84 aset Khazanah dijual sepanjang sembilan tahun pentadbiran Najib (April 2009 – Mei 2018).

Mengulas lanjut, Najib menegaskan langkah kerajaan semasa menjual aset negara tindakan jangka pendek yang amat merugikan negara dan memberi impak tidak baik kepada generasi akan datang.

Najib berkata aset-aset negara bertambah dengan ketara semasa pentadbirannya.

“Bukan sikit, banyak tetapi zaman PH ini dalam masa setahun lebih sahaja terlalu banyak aset strategik yang memberi nilai pulangan yang tinggi telah dijual,” katanya.

FMT



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *