Bursa Malaysia di paras terendah 4 tahun

Bursa Malaysia menyusut ke paras terendah empat tahun pada tengah hari di tengah-tengah pertikaian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 8.55 mata kepada 1,550.24 daripada 1,558.79 penutup Selasa.

Indeks penanda aras itu dibuka 4.06 mata lebih rendah pada 1,554.73 dan bergerak antara jajaran 1,550.16 dan 1,555.11 sepanjang sesi pagi.

Kaunter turun mengatasi kaunter naik sebanyak 460 berbanding 242 dengan 764 kaunter tidak berubah, manakala 545 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Sejumlah 1.06 bilion saham bertukar tangan bernilai RM690.94 juta.

Paras terendah empat tahun FBM KLCI pada tengah hari ini, mengatasi paras terendah empat tahun 1,551.96 yang dicatatkan minggu lalu, dengan paras terendah sebelum ini ialah pada 24 Ogos 2015 pada 1,532.00.

– Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker