SPRM keluar notis minta wang 1MDB dahului mahkamah – Shahrir

Shahrir Abdul Samad menempelak notis kompaun daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap 80 individu dan syarikat yang dipercayai menerima jutaan ringgit daripada 1MDB.

Shahrir berkata tindakan SPRM menyenaraikannya sebagai salah seorang penerima sudah mendahului mahkamah, kerana proses perundangan dan keadilan berkaitan 1MDB masih sedang berjalan.

“Apakah sudah terbukti duit diberikan Najib Razak kepada kita ini memang datangnya dari 1MDB?” katanya kepada FMT.

Semalam, Latheefa berkata notis kompaun dikeluarkan bawah Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).



Selain Shahrir, turut tersenarai sembilan individu termasuk adik Najib Razak, Nazir dan Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan, di samping 43 entiti politik dan 23 syarikat.

Seramai sembilan individu termasuk adik Najib Razak, Nazir, Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan dan Shahrir, di samping 43 entiti politik dan 23 syarikat disenaraikan menerima sehingga RM420 juta daripada 1MDB.

Mereka dikehendaki mengembalikan wang terbabit dalam tempoh dua minggu atau mencabar notis berkenaan di mahkamah.

Shahrir memilih untuk mengikuti proses perundangan bagi menyelesaikan isu itu dan berkata beliau masih menunggu surat kompaun.



“Tidak pernah dengar lagi, selepas akaun dibekukan sebelum ini, kemudian selepas setahun pula hendak kompaun,” katanya.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker