Dulu Zul kini bakal bergelar Haji Zul

MELAKONKAN karakter utama dalam sebuah lagi filem bercorak kepolisan berjudul Syerif terbitan Skop Production dengan kerjasama Astro Shaw, Zul Ariffin meletakkan seluruh jiwa raga untuk naskhah berkenaan.

Selepas 70 hari penggambaran, Zul menyifatkan filem arahan sutradara Syafiq Yusof itu sangat mencabar kemampuannya sebagai seorang aktor dalam pada usia menghampiri angka 40-an.

Seronok membawakan peranan seorang polis, Zul juga berkongsi kisah bakal menunaikan ibadah haji dalam waktu terdekat.

HIBGLAM: Anda membawakan watak utama dalam Syerif. Apa pendapat anda apabila dunia kepolisan sering dikaitkan dengan rasuah dan ketidaktelusan?

ZUL ARIFFIN: Filem Syerif bukan untuk memburuk-burukkan dunia kepolisan.

Dalam mana-mana organisasi pasti ada konflik antara satu jabatan dengan jabatan yang lain. Itu yang cuba dirungkai menerusi Syerif.

Bukan nak angkat bahawa itu adalah realiti di luar, tetapi benda ini wujud (berlakunya konflik dalam jabatan).

Objektif kami sama iaitu nak mencari keadilan dalam sesebuah perkara atau permasalahan, tetapi kadang-kadang gunting dalam lipatan itu wujud ketika kita bekerja atau menjalankan tanggungjawab.

Bekerja dengan pengarah Polis Evo 3 yang sedang meraih pujian ramai sekarang, bagaimana rasanya tanggungjawab yang dipikul anda untuk Syerif?

Ini memang ‘forte’ kepakaran Syafiq. Apa yang boleh dikongsikan, filem ini ini yang bakal ditayangkan di pawagam sekitar tahun hadapan, banyak plot twist (pusingan plot) dan suspens akan membikin penonton tak senang duduk.

Saya di lokasi penggambaran pun kadang-kadang keliru juga dengan gaya pengarahan Syafiq, namun percaya dengan kredibilitinya di bangku sutradara.

Keliru, mengapa?

Keliru sebab kadang-kadang selepas ‘shoot’, saya tanyakan rakan pelakon, Azira Syafinaz, untuk apa babak tersebut dirakam.

Banyak sangat ‘kerja’ dan disebabkan itu, saya kadang-kadang jadi terkeliru. Saya percaya lain pengarah, lain gayanya. Saya selalu tanya Syafiq apa yang dia nak sebagai seorang pengarah. Saya rasa itu suatu budaya yang sihat antara pelakon dan pengarah.

Saya jenis aktor apabila masuk set, memang otak sedia untuk menjayakan mana-mana babak. Sebab itu, saya banyak tanya Syafiq apa yang dia nak daripada saya dalam Syerif.

Zul bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Syerif yang akan ditayangkan tahun hadapan. – FAIZ ALIF ZUBIR.

Dalam kepala Syafiq, kadang-kadang dia terlalu fokus dan ada masa sibuk fikir tentang lain. Saya tak suka kacau proses dia buat kerja sebagai pengarah. Saya pula akan tanya semua benda sebelum masuk set.

Selain filem Syerif, apa lagi yang boleh anda kongsikan tentang perkembangan seni terbaharu anda?

Saya begini sahaja buat kerja satu per satu. Cuma Syerif, akan jadi projek terakhir sebelum saya berangkat ke Tanah Suci tidak lama lagi.

Umrah sekali lagi atau bagaimana?

Saya pergi tunaikan haji 10 Jun ini. Nak masuk minggu kedua Jun macam itu saya berlepas ke sana.

Bagaimana persiapan bakal bergelar haji tidak lama lagi?

Ada beberapa benda yang sedang diselesaikan macam kursus haji. Jemaah haji rombongan pertama sudah mula 20 Mei lalu. Saya pergi atas jemputan tapi bukan melalui Tabung Haji.

Sekembali daripada haji, apa yang anda harapkan?

Insya-Allah (jadi lebih baik) tapi saya tak tahu kan, rezeki datang dapat jemputan, saya pun pergi. Umrah sudah beberapa kali, haji lain lagi ‘besar’ dengan ramai orang dan musim panas di sana.

Saya kena tangguhkan atau anjakkan soal kerja dan lakonan sebab takut tak dapat beri komitmen nanti. Perasaan saya tidaklah gemuruh tetapi rasa sangat teruja nak tunaikan haji.

Cuma, lautan manusia nanti tak boleh nak bayangkan, kena hadapi sendiri, selalu tengok dalam televisyen sahaja atau orang cerita. Seperkara lagi, musim panas. Sekarang, suhu di sana sekitar 45 darjah Celsius.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh

Mamu Kena Gari

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker