Anwar kata Kongres Barua pada sidang media Mahathir? (Video)

DATUK Seri Anwar Ibrahim dilihat bersikap kurang ajar terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Presiden PKR itu memerli Mahathir ketika sidang media selesai dengan menertawakan Perdana Menteri itu kerana terlibat dengan Kongres Maruah Melayu.

Kenyataan Anwar itu berbunyi;

“Biar dia (Tun Mahathir), (sejak) Kongres ‘Baruah’ ni semangat dia lain macam,” sindir Anwar sambil menuding jari ke arah Mahathir.

Namun, tidak dapat dipastikan sebutan Anwar tersebut adalah benar-benar ‘baruah’ atau ‘maruah’.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mentertawakan Mahathir yang sedang bangun dari tempat untuk duduk.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu juga menyambut sindiran Anwar dengan ketawa dan menyebut;

“Ini kongres Melayu ni? Kongres bermaruah,” kata Mat Sabu.

Namun Tun Mahathir tetap tenang walaupun beliau memalingkan muka ketika Anwar menuding jari ke arahnya.

Aksi biadap Anwar dan Mohamad Sabu itu tular dalam video singkat 10 saat di media sosial. – 8 Oktober 2019.

Sumber :https://www.buletinasia.com/video-anwar-panggil-mahathir-baruah/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker