Lagi lantikan politik : Ahli Parlimen Lanang pengerusi baharu NIOSH

Share


Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng, dilantik pengerusi baharu Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkuat kuasa 1 Oktober lalu hingga 20 September 2022.

Pelantikan Alice Lau yang memiliki Sarjana Farmasi dari Universiti Strathclyde, Glasgow, Scotland, sehingga 20 September 2022, menggantikan Tan Sri Lee Lam Thye.

NIOSH dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pelantikan itu dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“NIOSH yakin Alice Lau, mampu memimpin institut berkenaan ke tahap lebih tinggi dalam kecemerlangannya menerusi amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, ahli Lembaga Pengarah NIOSH turut merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Lam Thye, yang berkhidmat sebagai Pengerusi NIOSH selama 25 tahun iaitu sejak 1994 sehingga 20 September lalu.

BH



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *