Melayu berpecah, namun siapa puncanya – Dr Shamsul

Melayu berpecah ? Memang betul berpecah. Namun siapa yang menjadi punca perpecahan ini. Dari parti UMNO lahir Semangat 46, timbul PKR, dan wujud BERSATU. Bukankah semua parti ini wujud kerana Tun Mahadhir ? Justeru parti UMNO berpecah kerana siapa ?

Hari ini Tun kata Kerajaan PH tiada kekuatan kemelayuannya. Ini juga salah siapa ? Bukankah Tun juga yang meruntuhkan kuasa UMNO BN yang kuat Melayunya kerana dendam kesumat menebal dalam diri Tun ? Kemudian memenangkan DAP yang benci Melayu ?

Janganlah Tun berterusan salahkan Melayu kerana malas dan tidak mahu rebut peluang. Kelemahan yang ada pada sebahagian orang Melayu juga kerana kelemahan Tun sewaktu 22 tahun sebagai PM ketika bersama BN dan sekarang bersama PH. Kalau ada orang Melayu yang gagal, itu juga aebahagian kelemahan Tun yang diberikan kuasa untuk membina kekuatan orang Melayu dan rakyat dalam negara ini.

Kongres Maruah Melayu ini, terus tinggal kongres. Tiada sesuatu yang dapat mengubah keadaan jika Tun terus amalkan sikap dan tindakan yang rugikan orang Melayu dan bumiputra. Kuasa ditangan Tun. Gunakanlah. Bercakap saja tidak cukup.

YB DATO’ DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia

#kerajaaansepenggal #maluapabossku #lenggong #gerik

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker