Mahathir akhirnya mengakui kerajaan PH tidak kuat semangat KeMelayuan.

Mahathir akui kerajaan tidak kuat semangat KeMelayuan

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui secara terbuka hari ini bahawa kerajaan sekarang walaupun dipimpin orang Melayu, tetapi semangat keMelayuannya sudah tidak kuat.

Akuinya, keadaan sekarang jauh berbeza dengan sebelum ini yang puncanya adalah perpecahan orang Melayu, menyebabkan parti-parti Melayu berebut sokongan daripada bangsa berkenaan hingga akhirnya tiada satu pun yang menguasai majoriti.

“Saya nak beritahu terus-terang, kerajaan walaupun pemimpinya Melayu tetapi tidak kuat keMelayuannya sekarang.

“Sekarang nak tak nak, kita kena ambil kira pandangan orang bukan Melayu. Kalau tidak, datang pilihan raya kita akan kalah,” katanya jujur ketika berucap dalam Kongres Maruah Melayu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker