Kementerian (KPM) pun duduk bawah Parti sekarang?

Di bawah Malaysia Baharu, logo Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersebelahan dengan logo parti HARAPAN.

Sebab itu pada zaman BN, hanya terdapat logo KPM dalam “mock cheque” tanpa logo BN kerana tidak mahu mempolitikkan pendidikan di sekolah.

Sekarang, secara terang-terangan Nga Kor Ming cetak logo HARAPAN. Ini tiada unsur politik ke?

Ingat lagi pada November dan Disember yang lalu, Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP mencipta sejarah dengan keputusan membatalkan geran padanan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC) yang lazimnya diberi sekitar RM30juta hingga RM60juta setahun.

Selama 50 tahun di zaman BN, TARUC mendapat geran padanan dari tahun 1969 hingga 2018, dengan jumlah secara kumulatif sebanyak RM1.353billion.

Apa yang lebih peliknya ialah ketika Guan Eng yang bukan menjaga portfolio Pendidikan secara tiba-tiba menyerang MCA dan dengan angkuhnya berkata “Kerajaan PH tidak akan memberi peruntukan geran padanan kepada TARUC kerana PH mahu politik dipisahkan dengan pendidikan.

Ujar Guan Eng sebab utama PH tak beri peruntukan kepada TARUC semata-mata ini sebuah institusi yang ditubuhkan oleh parti MCA pada tahun 1969. Duh, kerana itu puluhan ribuan mahasiswa TARUC sengsara.

Haha….Guan Eng, betulkah PH nak sangat “pisahkan pendidikan dengan politik”? Kalau begitu apasal Nga Kor Ming serah “mock cheque” yang dicetak logo Harapan bersama KPM? KPM ini agensi di bawah parti ke?

Peruntukan kepada sekolah itu dana yang disumbangkan oleh parti Harapan? Tak mungkinlah logo KPM turut digunapakai, ini ganjil lagi ajaib! Hakikatnya, peruntukan ini adalah dari dana kerajaan atau wang rakyat bukannya sumbangan Tabung Parti Harapan! Itu pun tak dapat beza! Nasib baik Nga tak minta buat papan tanda jenis “stainless steel” yang memaparkan “SUMBANGAN YB NGA KOR MING TIMBALAN SPEAKER DEWAN RAKYAT” pada dinding bangunan sekolah?!

Kesimpulannya, pemimpin DAP ini sentiasa tidak konsisten, yang lebih teruk, cakap tak serupa bikin!

Tumpang tanya, agak-agak alasan dan helah apa lagi yang akan digunapakai oleh Guan Eng supaya TARUC dinafikan peruntukan geran padanan dalam Belanjawan 2020?

#BahasaJiwaBangsa

Dari FB Wee Ka Siong

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker