GST hanya dikembalikan jika ada bukti jelas rakyat mahukannya – Guan Eng

Pelaksanaan semula GST hanya boleh dibuat jika ada “bukti yang tidak dapat dipertikaikan” rakyat memang mahukan sistem cukai itu dikembalikan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Ini kerana pada PRU ke-14 rakyat telah menyuarakan secara jelas bahawa mereka menolak sistem cukai tersebut, katanya.

Lim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan akan mengkaji untuk melaksanakan semula GST jika itu yang dikehendaki rakyat.

“Perdana menteri tak pernah sebut perkara ini kepada saya. Saya rasa beliau hanya menjawab (soalan) media (tentang pelaksanaan semula GST).

“Tapi pada PRU lalu, telah jelas bahawa rakyat telah menolak GST berkadar 6 peratus itu. Jika rakyat mahukannya, kita perlu dapatkan mandat daripada rakyat yang mereka mahukannya (dilaksanakan semula).

“Perlu ada bukti yang tidak dapat dipertikaikan (yang menunjukkan perkara itu),” katanya pada sidang media selepeas mesyuarat majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker