#PrkTgPiai : UMNO tunda tarikh PAU

 

Demi PRK Tanjung Piai, UMNO tunda Perhimpunan Agung

Konflik pertembungan tarikh antara Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dengan Perhimpunan Agung UMNO 2019 akhirnya selesai apabila UMNO membuat keputusan untuk menunda tarikh Perhimpunan Agungnya.



Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tarikh baharu yang telah disepakati ahli majlis tertinggi UMNO ialah 4 Disember hingga 7 Disember.

Sehubungan itu, kata beliau, UMNO akan menumpukan seluruh tenaga dan jenteranya untuk PRK itu kelak.

“Kami akan menentukan bahawa seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan ditumpukan di Tanjung Piai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di lobi Menara Dato Onn, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker