Serah kuasa : Abdullah Sani minta Khairuddin bertaubat

Ingatan saya pada Khairuddin, bertaubatlah

Saya ingin mengingatkan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan supaya bertindak seperti manusia yang mempunyai akal yang waras serta semak semula perjanjian konsensus Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sebelum mengeluarkan kenyataan kurang cerdik dan tidak berfakta.

Sebelum PRU14, secara jelas PKR, DAP, Amanah dan Bersatu bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim segera diangkat sebagai perdana menteri Malaysia yang ke-8 menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad setelah mendapat pengampunan diraja.

Mungkin Khairuddin juga lupa yang beliau pernah bertanding atas logo PKR dan watikah pencalonan beliau ditandatangani oleh Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Namun, Khairuddin tewas di Jasin dan tewas sekali dalam petisyen mencabar keputusan tersebut.

Ingin saya menegur Khairuddin di atas beberapa kenyataan biadab dan tidak beretika sejak mutakhir ini. Apakah niat kamu? Adakah kamu ingin menggerakkan konspirasi yang cuba untuk menggagalkan proses peralihan kuasa ini?

[Baca: Jangan jadikan peristiwa hitam 1998 berulang – Khairuddin bidas Syed Husin]

Jika diimbau sejarah, jelas dan terbukti Khairuddin merupakan salah seorang penulis “50 dalil mengapa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri” dan beliau merupakan individu yang rapat dengan Tun Mahathir dan Tun Daim ketika itu.

[Untuk rekod Khairuddin menafikan dirinya merupakan penulis dan penerbit buku berkenaan – editor]

Adakah Khairuddin sedang mengetusi siri plot fitnah terbaru yang juga didalangi oleh beberapa tokoh tertentu. Adakah ini yang dimaksudkan oleh Khairuddin “Sejarah hitam 1998 akan berulang kembali”?

Ingatan tegas saya kepada Khairuddin; bertaubatlah!.

Dr M ada niat langgar konsensus

Dalam beberapa siri kenyataan media, Tun Mahathir menggambarkan dirinya bimbang penggantinya tidak dapat membuat sebaik beliau secara jelas dan terang mencurigai keupayaan Anwar yang pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia pada tahun 90an.

Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan dari 1991-1998 dan Timbalan Perdana Menteri dari 1993 hingga 1998.

Kenyataan itu menggambarkan seperti ada niat untuk melanggar janji dalam konsesus PH.

Suatu ketika Wan Azizah yang juga Presiden PKR ketika itu diminta untuk memegang jawatan perdana menteri kerana parti pimpinannya meraih kerusi paling banyak oleh SPB YDP Agong sejurus memenangi PRU 14 yang lalu, tetapi ditolak dengan baik kerana berpegang kepada janji dan muafakat PH yang bersetuju melantik Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri yang baru.

Bukan itu sahaja, ada beberapa janji dan muafakat lain yang telah dimeterai antaranya mendapatkan pengampunan diraja terhadap Anwar Ibrahim dan segera melantiknya sebagai perdana menteri Ke-8.

Tun Mahathir seharusnya tidak perlu bimbang. Jelas dan nyata Anwar Ibrahim adalah satu-satunya pengganti beliau yang layak dan mempunyai kredibiliti yang terbaik dalam memulihkan ekonomi sekiranya Tun Mahathir tidak dapat memulihkan ekonomi negara dalam masa dua tahun yang disebut-sebut.

Segerakan proses peralihan kuasa dan tidak perlu tambah kepada beberapa tahun lagi.

Sepanjang lebih setahun ini belum ada apa-apa pergerakan ekonomi yang membanggakan. Cakap-cakap keupayaan Tun Mahathir berupaya membawa pelabur asing untuk memacu ekonomi tidak berlaku. Sebaliknya semakin banyak aset negara pula yang dijual bagai lelong daging di pasar tani.

Kita sudah tidak punya masa dalam merealisasikan manifesto menjelang PRU15 yang dijangka berlaku pada 2023.

ABDULLAH SANI ABDUL HAMID ialah anggota parlimen Kapar dan ahli majlis pimpinan pusat PKR.

Mkini

Related Articles

One Comment

  1. Kau tu yg harus sedar diri wahai bedul sani…nk mngangkat kaki jubur mjd pm.. sedarlh diri..btaubatlh kamu..nk kata bang non d fitnah dh 2x msuk penjara.. yg last skali…”ingat kata²kau dol”kau bpakat suruh tun m g jumpa agung mgampunkn bang non..atas ksalahan apa bang non d ampunkn wHai bedul? Dah tentulh atas kslhan liwat saiful… So bekas banduan dn kaki jubur kau nk angkat jd pm..btaubat lh kau wahai bedul…cermin diri…napa.?klu bang d angkat jd pm maka kau pula d angkat mjd menteri kee?tu yg kau beria²nk bang non mjd pm…ingat mati jgn asyik ingat harta dunia jaa dol..??klu bala yg Allah swt turunkn bala dn musibah kau dan pnyokong serta bang non ajaa yg kena.. xapa…ini sluruh raayat tpaksa tggung musibah angkara kau n the gengs mngangkat bekas banduan liwat mjd pm..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker