Hutang negara yang bertambah boleh beri impak positif kata Guan Eng.

Guan Eng kata hutang negara yang bertambah dengan cepat boleh memberi impak positif dan negatif, bergantung bagaimana ia dilihat,

Dia kata hutang bertambah tidak boleh dielakkan kerana ia perlu untuk pembangunan negara dan itulah sebab defisit negara di bawah PH adalah lebih besar berbanding masa BN.

Oh, ye ke?

Kenapa dulu tak cakap masa BN mengurangkan defisit kerajaan untuk 8 tahun berturut-turut dan berjaya untuk mengurangkan nisbah hutang kerajaan kepada KDNK?



Masa itu, setiap kali hutang naik mereka kata kita akan muflis.

Kini hutang naik boleh dilihat sebagai impak positif pulak!

Mula-mula dia nafi hutang bertambah. Dia kata hutang menurun.

Lepas itu kata hutang bertambah kerana nak bayar hutang 1MDB tapi satu sen hutang 1MDB pun tak kurang.



Sekarang dia kata hutang tambah boleh dilihat sebagai baik kerana diperlukan untuk pembangunan.

Lepas itu dia mengaku hutang 1MDB yang dia sebut sebagai RM52 bilion sebenarnya termasuk faedah untuk 20 tahun yang akan datang.

Tapi dia tak sebut pun bahawa pembangunan projek Bandar Malaysia dengan nilai RM140 bilion dan TRX bernilai RM40 bilion dalam tempoh 20 tahun yang akan datang juga akan memberi hasil untuk melunaskan semua hutang itu dan memberi keuntungan.

Ini termasuk penjualan sebahagian projek Bandar Malaysia pada April tahun ini dengan nilai RM7.41 bilion.



Wang RM7.41 bilion itu mereka angkat tapi tak bayar untuk kurangkan hutang 1MDB pun.

Lalu dia mengaku bahawa bukan sahaja hutang langsung negara naik dengan cepat tetapi nisbah langsung hutang kepada KDNK juga meningkat dari 50.1% pada akhir tahun 2017 kepada 51.2% pada akhir tahun 2018.

(Sebenarnya, nisbah ini sudah naik lagi tinggi dari 48.7% pada suku pertama tahun 2018 kepada 52.7% pada akhir bulan Jun 2019.)

Last-last dia juga mengaku bahawa kerajaan BN dapat kawal defisit negara dengan baik kerana defisit ini dilindungi oleh hasil kerajaan.



Hasil kerajaan mampu cover defisit masa BN tak baik ke?

Tapi dia kata PH tak boleh buat serupa kerana mereka perlu bayar hutang 1MDB!

Kenapa dia tak mahu mengaku pula bahawa punca utama sebenarnnya ialah kekurangan hasil akibat ganti GST dengan SST, memberi 3 bulan tax holiday, unjuran harga minyak dunia dia yang salah dan kutipan cukai yang mengalami tekanan akibat ekonomi merosot pada masa perbelanjaan kerajaan PH untuk tahun 2018 dan 2019 adalah paling tinggi dalam sejarah?

Cuba baca bagaimana dia belit:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/612809/pembangunan-pengurusan-hutang-perlu-seimbang-guan-eng



Dsri FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker