Belajarlah adab dahulu, TIADA gunanya ilmu seseorang tanpa adab dalam diri.

ADAB dalam konteks mudah adalah melibatkan peri laku, perbuatan, kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, dan kemanusiaan.

Adab mungkin berbeza mengikut budaya dan kaum yang berlainan, tetapi hakikatnya ia adalah sama.

Tiada gunanya ilmu seseorang itu tanpa adab dalam diri mereka. Ilmu tanpa adab seperti mencurah air ke daun keladi, bahkan ia menjadi sia-sia sekiranya tidak memberi kesan terhadap peribadi dan tingkah lakunya.

Ilmu dan adab itu sebenarnya sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Semakin tinggi ilmu dalam dada seseorang itu, maka semakin tinggilah seharusnya adab dan akhlaknya mereka kepada orang lain.

Justeru, seorang ulama terkenal, Abdullah al-Mubarak rahimullah pernah mengatakan: “Kita dengan (mempelajari walau) sedikit ilmu adab itu lebih diperlukan (diutamakan) daripada hanya memperbanyakkan ilmu (agama).”

Samalah dengan Imam Malik pernah menasihati seorang lelaki dari bangsa Quraisy dengan kata beliau yang cukup menarik iaitu: “Wahai anak saudaraku, belajarlah (ilmu) adab sebelum kamu mempelajari ilmu (agama).”

Utusan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker