Siapa mereka dan mengapa tidak berdiri ketika lagu NegaraKu dinyanyikan?

Share

Tular satu video memaparkan lagu Negaraku sedang dinyanyikan dalam satu majlis.

Ketika semua hadirin berdiri menyanyikan lagu kebangsaan, ada sekumpulan hadirin kelihatan duduk sambil bersembang dan menikmati makanan yang terhidang di atas meja.

Mereka tidak berdiri dan hanya tersenyum ketika video dirakam.


Menurut satu hantaran di Facebook, majlis tersebut adalah makan malam yang berlangsung semalam dan kumpulan yang tidak berdiri ketika lagu kebangsaan dinyanyikan itu adalah pasukan sukarelawan S4S.

Persoalannya siapa mereka dan mengapa tidak berdiri ketika lagu Negaraku dinyanyikan? – MalaysiaGazette

Leave a Reply