Kanak-kanak OKU ‘Termakan’ Dadah Sudah Pulih Sepenuhnya

Kanak-kanak OKU ‘Termakan’ Dadah Sudah Pulih Sepenuhnya

KUALA KRAI: Kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) yang kritikal akibat ‘termakan’ dadah sebelum ini sudah pulih sepenuh selepas lebih sebulan menerima rawatan di hospital.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, ibu kepada kanak-kanak itu, Rohaya Hassan, 36, berkata, dia bersyukur dan gembira selepas melihat anaknya sudah pulih dan kembali aktif bermain dengan adik beradik yang lain.

Menurutnya, sejak kejadian tersebut dia tidak lagi meninggalkan anak bongsunya itu dan selalu membawanya setiap kali mahu keluar dari rumah.

“Lebih seminggu anak saya dibenarkan pulang ke rumah dan alhamdulillah keadaannya semakin pulih,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Rohaya memberitahu, anaknya itu sudah mampu bergerak seperti biasa namun belum dapat berjalan sebagaimana kanak-kanak normal yang lain.

“Lebih menggembirakan lagi, anak saya sudah mampu makan seperti biasa sejak tiub di hidungnya untuk membekalkan susu ditanggalkan.

Utusan Malaysia 20 Jun lalu melaporkan, seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini dilaporkan kritikal selepas pemeriksaan mendapati tubuhnya tinggi dengan kandungan dadah jenis methamphetamine.

Kejadian itu disedari oleh ibunya kira-kira pukul 5 pagi apabila mendapati kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan lemah dan muka bertukar biru sebelum membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut. – UO

Kanak-kanak OKU ‘Termakan’ Dadah Sudah Pulih Sepenuhnya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

Ambulans terbalik dilanggar jururawat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker