Rahsia di sebalik musibah

SETIAP makhluk di muka bumi ini, pasti tidak akan terlepas daripada ujian, justeru sebagai hamba kita perlu sentiasa memohon pertolongan daripada-Nya.

Sudah pasti banyak cacian mahupun hinaan yang diterima daripada masyarakat sekeliling namun, sebagai manusia biasa kita haruslah bersabar dan reda dengan ujian Allah.

Ketahuilah bahawa Allah menguji manusia untuk mendidik, bukan menghukum. Benar, berapa banyak daripada kita yang sombong dengan hartanya, kekuasaannya, atau dengan anak-anaknya.

Lalu, Tuhan menguji dengan penyakit untuk ‘menegur’ mereka agar kembali kepada petunjuk kebenaran, menuju jalan Allah Tuhan Semesta Alam.

Malah, ujian Allah ini juga hadir untuk memberi kesedaran kepada manusia bahawa tiada yang lebih kuat dan kesombongan hanyalah milik-Nya semata, tidak ada sekutu bagi-Nya.

Firman Allah maksudnya: “Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tangan kamu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu.” (Asy-Syura:30)

Utusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker