Kerajaan Tak Boleh Kompromi Tegak Keadilan, AG Letak Jawatan… Empat Menteri Harus Disiasat

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak mendesak agar pihak Kerajaan Malaysia mengambil langkah tegas dan drastik hasil dari keputusan inkues anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim semalam.

Ketuanya Mohd Ariff Abdul Majid berkata pihak Kerajaan tidak boleh berkompromi dengan mana-mana pihak dan harus mengambil tindakan tegas kepada penjenayah yang mengakibatkan kepada kematian Muhammad Adib sehinggalah kepada pihak yang menjadi punca rusuhan pada malam kedua di Kuil Sri Maha Mariaman Seafield.

“Ini termasuk tindakan tegas kepada Exco Dap Selangor V. Ganabatiru yang telah mengeluarkan kenyataan jahat mendakwa orang Islam menyerang Kuil Sri Mariaman sehingga mempengaruhi 10,000 masyarakat Hindu untuk keluar merusuh di Kuil Sri Maha Mariaman pada malam arwah Adib dibunuh,” katanya dalam kenyataan kepada UMNO-Online.

Tegasnya, pihak Kerajaan juga harus melakukan siasatan terhadap 4 orang Menteri iaitu M. Kulasegaran, P. Waytha Moorthy, Gobind Singh Deo dan Xavier Jayakumar yang telah mengeluarkan kenyataan bersama berbaur hasutan sehingga menyemarakan lagi api kemarahan masyarakat Hindu untuk keluar berkumpul beramai-ramai merusuh di Kuil Sri Maha Mariaman yang telah mengakibatkan arwah Adib dibunuh.

“Selain itu, Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas juga harus meletak jawatan dan meminta maaf secara terbuka di atas kekhilafan besar kerana memfailkan afidavit yang berunsurkan skandal dan subjudis dengan mengambil posisi bahawa Adib tidak dibunuh yang jelas mendahului prosiding inkues.”

Justeru itu, katanya, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak mendesak agar tindakan yang lebih telus dan tegas dalam memastikan keadilan terhadap Arwah Muhammad Adib dapat ditegakkan. Rakyat Malaysia keseluruhannya sedang memerhati tindak tanduk Kerajaan Malaysia yang seolah-olah cuba melindungi pihak tertentu di dalam kes ini.

“Ayuh seluruh Rakyat Malaysia kita bangkit memperjuangkan keadilan terhadap Wira Negara ini agar mendapat pembelaan yang sewajarnya.” – UMNO ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker